Ada dalam kalangan masyarakat kita berpendapat perkataan kampung melambangkan kemunduran dan ketinggalan daripada segi kemajuan dan pembangunan. Mungkin itu juga menjadi faktor kurang lebih 10 tahun dahulu nama Kampung Kerinchi dijenamakan semula sebagai Bangsar South. Ia dipercayai sebagai salah satu langkah menaikkan nilai hartanah di kawasan tersebut yang terletak tidak jauh daripada Bangsar.
Namun, langkah itu tidaklah dipersetujui oleh semua pihak. Salah seorang daripadanya adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika ini iaitu Fahmi Fadzil yang sejak dari dulu lagi tidak senang dengan perubahan nama Kampung Kerinchi kepada Bangsar South. Tinjauan kami di Twitter mendapati tweet beliau tentang perkara tersebut telah berlegar di laman Twitter sejak tahun 2010 lagi ketika beliau belum lagi memegang amanah sebagai ahli parlimen kawasan tersebut.
Tolonglah, Bangsar South is KERINCHI.
— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) May 4, 2010
Melalui kempennya sebelum PRU 14 pada tahun 2018, beliau turut menekankan tentang hasratnya untuk mengembalikan semula nama Kampung Kerinchi.
Defend our history, and identity, with pride – PKR’s @fahmi_fadzil wants to revert ‘Bangsar South’ to ‘Kerinchi’https://t.co/ydr4qz2sl2
— Nurul Izzah (@n_izzah) May 3, 2018
Kelmarin, beliau telah membuat pengumuman bahawa Bangsar South kekal sebagai nama tempat dalam kawasan Kerinchi. Ia akan dijadikan sebagai sebuah ‘taman’. Manakala Kerinchi lebih luas kawasannya di mana Bangsar South akan berada di dalam wilayah tersebut.
Saya telah maklumkan media bahawa nama Bangsar South kekal, dan ia dijadikan satu “taman” (seperti Lucky Garden atau Bkt Bandaraya di Bangsar) dalam kawasan Kerinchi yang lebih besar.
Nama, sejarah serta identiti Kerinchi (wilayah yg lebih besar) akan diangkat martabatnya.
— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) July 19, 2018
Beliau menerangkan perkara tersebut dengan sedikit penjelasan berserta peta ringkas yang ditandakan dengan bulatan berwarna merah yang mewakili kawasan Kerinchi dan bulatan kuning untuk ‘Taman’ Bangsar South.
1. Bangsar South (kuning) adalah sebuah taman di dalam kawasan Kerinchi yang lebih besar (merah);
2. Gerbang menandakan pintu masuk ke Kerinchi akan dibina;
3. Lebih banyak kerja tentang sejarah Kerinchi, kemudian dibentangkan;
4. “Ini Kerinchi Lah!” Pesta Seni & Budaya, menyoroti identiti & sejarah Kerinch akan dianjurkan.
Menjawab komen yang mempertikaikan kenapa nama Bangsar South tidak dimansuhkan sepenuhnya, beliau menjawab,
Tidak salah kalau saya jelaskan ia masalah akibat keputusan yg dibuat DBKL
Malah DBKL sendiri telah akui kepada saya dan semua Ahli Parlimen WPKL tentang kesalahan keputusan ini
— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) July 19, 2018
Pengumuman beliau itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang bersetuju, ada yang membangkang dan tidak kurang juga ada yang menyindir.
Everything is fine until greedy developer came and do their Bangsarisation
Bangsar south is not bangsar, its kerinchi. Abdullah hukum is abdullah hukum, pantai dalam is pantai dalam taman desa is taman desa. Brickfield is brickfield. everything is fine until greedy developer came & do their bangsarisation.
— ♍️พายุจะหยุด🦋 (@ohmeelo) June 5, 2018
Bukan senang nak buat keputusan win-win
Bukan senang nak buat keputusan yang Win-Win,
I remember YB FF said ‘at the end of the day everyone get something’
Bangsar South, Kerinchi.
You did well YB!
Strive for more ok! ❤️— Nur Syahirah (@nursyahirah1812) July 19, 2018
Tukar Bangsar South kepada Bangsar Selatan
https://twitter.com/wanfahmi/status/1019833223411478528?s=19
Namun, bagi kami ini adalah satu usaha dan langkah yang terpuji untuk memartabatkan kembali identiti kebangsaan yang pada pendapat kami sedikit tercemar dengan penjajahan melalui nama-nama tempat yang di-Inggeriskan. Sikit-sikit nak tukar ke bahasa Inggeris, pemikiran jenis apa ini? Berpada-padalah kalau ya pun.
Mungkin ia hanya sekadar nama bagi sesetengah pihak, namun nama adalah identiti yang roh dan jiwanya penuh dengan sejarah dan kebanggaan turun temurun yang perlu kita jaga dan banggakan.
Foto: Utusan, Malay Mail & Twitter