Satu kediaman yang telah lama ditinggalkan di Bukit Gasing, Petaling Jaya akhirnya berjaya terjual oleh seorang pembeli pada harga RM4.4 juta sahaja.
Banglo yang pernah viral sebelum ini kerana dikatakan sebagai ‘rumah hantu’ telah berjaya dilelong secara rasmi selepas bertahun-tahun gagal mencari siapa yang sudi membelinya.

Banglo terbiar ini sering dikaitkan dengan kewujudan entiti makhluk halus, dan orang ramai sering memperkatakan pemilik asal rumah tersebut dikaitkan dengan kes pembunuhan dan ritual mistik.
Walau bagaimanapun, tiada apa-apa maklumat yang diperolehi mengenai pembeli misteri tersebut.

Ramai berpendapat pemilik baharunya itu mendapat rumah tersebut pada harga ‘durian runtuh’ kerana dipercayai nilai pasaran semasa boleh mencecah puluhan juta ringgit, memandangkan rumah itu berada di atas salah satu hartanah mewah di Malaysia.
Menurut seorang pengguna laman Facebook menceritakan rumah terbabit dipercayai milik Raymond Goh atau dipanggil Shihan Goh yang sudah berusia 61 tahun telah menggadaikan rumah tersebut kepada bank pada 15 Mac 2013.

Shihan Goh dipercayai seorang penganut Kristian yang kuat berdasarkan penemuan beberapa tanda-tanda salib di beberapa bahagian dalam banglo tersebut.
Pada masa sama netizen mahu melihat sama ada pemilik baharu mahu membangunkan semula rumah tersebut dan kembali menghuni semula di dalam banglo yang telah dibiarkan usang selama bertahun-tahun.
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: