Atlet pelumba basikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terlibat dalam sebuah kemalangan ketika beraksi dalam perlumbaan peringkat kedua acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Acara yang berlangsung petang Sabtu (7 Ogos) itu bertukar menjadi insiden buat Shah Firdaus apabila berlaku himpitan bersama pelumba dari Great Britain, Jack Carlin. Shah hilang keseimbangan dan terjatuh.
Kemalangan ini turut membabitkan pelumba dari Australia, Matthew Richardson.
Ini insiden yang terpaksa dialami oleh Shah Firdaus sebentar tadi, diharapkan kecederaannya tidak terlalu serius !!
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 7, 2021
.#sokongmalaysia #ganbattemalaysia pic.twitter.com/WZavji0PWu


Sejurus insiden ini, Shah Firdaus telah menarik diri daripada bertanding dalam pusingan pertama akibat kecedaraan pada bahagian tulang rusuk.
Walau bagaimanapun, beliau masih meneruskan perlumbaan di Repechage Heat 1 untuk menempah tempat ke peringkat suku akhir acara berbasikal trek keirin.
Persaingan menjadi sengit di pusingan akhir repechage namun Shah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua, seterusnya melayakkan diri ke acara Suku Akhir Keirin Lelaki.
Setelah tamat acara, Shah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

At Medical Tent to see @shahfirdaus95 with suspected rib fracture due to crash at Keirin First Round. He is rushed to Hospital for investigation. He is upset but I together with TS @NorzaZakaria told him that his health is paramount. Hope he gets well and will keep all updated. pic.twitter.com/fuQk9HaAUr
— Dato' Amarjit Singh Gill (@AmarjitSG) August 7, 2021
Semoga segala urusan melibatkan atlet negara ini dipermudahkan.
Shah Firdaus bakal bertanding mewakili Malaysia bersama Datuk Azizulhasni Awang yang telah memenangi pusingan Heat 3 di tempat pertama.
Siaran langsung acara keirin ini adalah pada Ahad (8 Ogos), jam 9.24 pagi. Ia akan diikuti dengan acara separuh akhir dan acara penentuan (final) pada jam 11 pagi.
Ini merupakan kali pertama Shah Firdaus beraksi di temasya Sukan Olimpik.
Artikel-artikel berkaitan untuk dibaca: