Bangkit Dari Kubur Lepas 5 Hari Dikebumikan, Ini 10 Jenis Kucing Paling Unik Di Dunia

Bagi sesetengah manusia, kucing merupakan haiwan yang kotor dan mampu membawa penyakit. Berbeza pula dengan pencinta haiwan yang sangat mengasihi semua jenis binatang di muka bumi ini tanpa mengambil kira rupa paras mereka.

Berikut merupakan 10 jenis kucing paling pelik dan unik di dunia.

1. Elf Cat

Elf Cat merupakan seekor kucing yang agak ganjil dari kucing-kucing lain yang ada di dunia. Kucing ini ialah sejenis kucing dari baka hybrid yang sangat baru dan amat jarang ditemui. Ia mempunyai tulang pipi yang sangat menonjol dan jika mempunyai kumis, ia adalah jarang dan sangat pendek.

Oleh kerana kucing ini tidak mempunyai bulu, aktiviti luar rumah kucing ini menjadi terbatas sekiranya cuaca di luar terlalu ekstrem.

2. Peterbald

Peterbald ialah seekor kucing yang berasal dari Rusia yang lahir pada tahun 1997. Seperti Elf Cat, haiwan baka ini juga tidak mempunyai sebarang bulu pada badannya.

Kucing baka Peterbald dikenali dengan tubuh yang agak panjang, langsing, mempunyai telinga yang runcing dan besar, serta mempunyai mata yang menyerupai biji almond.

Peterbald mempunyai keunikan dari segi ekornya yang panjang dan kaki yang berselaput.

3. Cornish Rex

Meskipun kelihatan besar, Cornish Rex sebenarnya merupakan kucing yang bersaiz kecil dan sederhana. Keunikan haiwan ini terletak pada saiz kepalanya yang agak kecil dan sempit selain mempunyai telinga dan mata yang terlalu besar.

Cornish Rex merupakan seekor kucing yang tangkas dan suka melompat, berlari dan bermain.

4. Ukranian Levkoy

Ukranian Levkoy atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya Felis Catus berasal dari Ukraine. Keunikan kucing baka ini terletak pada telinganya yang kelihatan seperti terlipat.

Seperti Elf Cat dan Peterbald, Ukranian Levkoy juga merupakan baka kucing yang tidak mempunyai bulu.

5. Sphynx

Dibiak melalui kaedah pembiakan selektif, Sphynx juga merupakan baka kucing yang tidak mempunyai bulu.

Sphynx berasal dari Toronto dan merupakan kucing yang peramah dan sangat penyayang.

6. Venus

Venus merupakan seekor kucing yang popular di Internet. Haiwan ini diminati ramai kerana rupa aprasnya yang sangat unik dan berlainan dengan spesiesnya.

Kucing ini seolah-olah mempunyai dua wajah yang berbeza di mana separuh mukanya berbulu oren dan bermata biru, makanala, sebelah kanan wajahnya pula mempunyai bulu berwarna hitam dan bola mata berwarna kuning kehijauan.

7. Monty

Monty merupakan seekor kucing yang dilahirkan tanpa mempunyai tulang hidung akibat kromosom DNA yang berbeza.

Kekurangan tersebut telah menjadikan wajahnya kelihatan unik dan menarik. Kelainan kromosom dalam tubuhnya menyebabkan dia kerap bersin, tetapi dia masih sihat dan boleh bernafas secara normal.

8. Matilda

Turut dikenali sebagai kucing makhluk asing, Matilda mula mengalami keanehan pada matanya ketika berusia satu tahun.

Disahkan menghidap Spontaneous Lens Luxation, mata Matilda akan membesar dari semasa ke semasa. Namun, keunikannya tidak menghalang kucing ini untuk menjadi salah seekor haiwan popular di Internet.

9. Bart the Zombie

Kucing bernama Bart ini menjadi topik hangat media selepas dia dipercayai bangkit dari kubur setelah lima hari dikebumikan.

Turut dikenali sebagai kucing zombi, Bart ditanam tuannya selepas menyangka haiwan berkenaan sudah meninggal dunia akibat dilanggar kereta.

Bart kini tinggal di sebuah pusat perlindungan haiwan. Meskipun mempunyai kerosakan pada rahang sehingga ke matanya, kesihatan Bart difahamkan sudah semakin baik.

10. Frank dan Louie

Juga dikenali sebagai kucing Janus, Frank dan Louie dijangka hanya mampu hidup selama beberapa bulan sahaja ekoran kecacatan yang dialaminya.

Namun begitu, kucing yang mempunyai dua muka dan satu badan ini hidup sihat sebelum akhirnya meninggal dunia pada usia 15 tahun kerana sakit tua.

Kesimpulannya, walaupun rupa kucing yang disenaraikan di atas agak pelik dan unik, kita haruslah sedar bahawa setiap makhluk yang diciptakan Tuhan di muka bumi ini mempunyai tugas dan fungsi yang berbeza-berbeza.

Sebagai seorang manusia, kita haruslah mengasihi dan menyayangi semua jenis haiwan termasuklah kucing.

Penulis:

• Nurul Atiqah binti Johari adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

• Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk membaca artikel lain berkaitan haiwan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca