Baru-baru ini, seekor paus sperma ditemukan mati di sebuah pantai dekat Isle Of Harris, Scotland.

Apa yang mengejutkan semua pihak adalah paus yang ditemukan terdampar itu ternyata menyimpan kira-kira 100 kilogram (kg) jaring, tali, cawan pkastik, beg, sarung tangan, tali pembungkusan dan tiub dalam bahagian perutnya.

Menyedihkan, bukan? Paus jantan yang mati itu kemudiannya disiasat oleh Program Haiwan Laut Terdampar (SMASS) dan mendapati sebiji bola besar yang mengandungi pelbagai serpihan marin dalam perut haiwan laut tersebut.

“Ketika kami tiba, paus tersebut telah pun mati sekitar 48 jam yang lalu. Sebahagian besar sampah yang berada di dalam perut haiwan itu kelihatan sudah lama berada di situ,” jelas anggota SMASS.

Pandangan awal ahli SMASS menyatakan bahawa faktor utama yang menyebabkan ia terdampar kebarangkalian berpunca daripada jumlah sampah yang sangat banyak.

Namun, mereka masih belum menemukan sebarang bukti yang memberi kesan kepada organ dalaman atau usus haiwan laut terbabit.

Anggota SMASS juga mempercayai bahawa serpihan sampah yang dijadikan sebagai makanan oleh paus tersebut pasti berasal dari daratan dan sektor perikanan di laut.

Sayu lihat segala sisa buangan yang mendiami perut paus berkenaan. Pengajarannya, jadilah manusia yang bertanggungjawab. Buang sisa yang tidak digunakan ke tempat yang sepatutnya.

Ingat, bukan kita sahaja sebagai manusia yang tinggal di muka bumi ini. Kasihanilah hidupan laut. Mereka juga selayaknya manusia yang ingin hidup lama.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda