Bangga Tunjuk Boleh ‘Dine-In’ Tanpa Ambil Vaksin, Wanita Ini Dikecam Hebat

Baru-baru ini, seorang individu antivaksin menjadi bualan ramai di media sosial apabila wanita itu telah bertindak melakukan eksperimen sosial dengan memasuki sebuah kedai tanpa menunjukkan sijil vaksin.

Menurut wanita itu lagi, eksperimen berkenaan adalah untuk membuktikan orang sepertinya juga boleh keluar seperti biasa walaupun tidak menerima suntikan vaksin.

Wanita itu berjaya masuk ke semua kedai dan menjelaskan bahawa tidak ada satu premis pun yang memeriksa status sijil vaksinasi beliau. Beliau kemudiannya menjelaskan bahawa suaminya yang juga menolak vaksin turut melakukan hal sama ketika berkunjung ke kedai gunting rambut.

Sumber: The Vocket

Apabila suaminya cuba melakukan eksperimen sosial berkenaan, dua kedai telah menghalau lelaki itu kerana tidak melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19. Lelaki itu bagaimanapun berjaya memasuki sebuah kedai gunting rambut yang langsung tidak tanya apa-apa maklumat tentang dirinya.

Tidak berhenti di situ, wanita berkenaan turut berkata yang beliau dan keluarganya sempat mencuba nasib untuk makan di restoran dan masuk dengan muka confident seperti sudah lengkap divaksinasi.

“Alang-alang berbasikal satu keluarga pagi tadi, kami buat eksperimen sosial lagi. Nak tahu kena halau ke tidak kalau masuk dine-in dekat restoran ini sebab tengok ramai orang makan di situ.

Jadi, kami masuk dengan selamba, buat muka confident acah-acah sudah lengkap 3 dos. Duduk, makan, minum dan pergi. Tak ada seorang pun yang tanya dan periksa sijil vaksinasi kami. Alhamdulillah, Allah bagi mudah. Siapa kata tak boleh dine-in kalau tidak cucuk dua dos? Tanpa dua dos pun, kami sudah selamat dine-in pagi ini,” ujarnya.

Hantaran di Facebook yang tular itu bagaimanapun telah dipadam oleh wanita berkenaan. Dalam pada itu, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir individu ini kerana ia boleh membahayakan nyawa orang sekeliling.

Sumber: Lobak Merah

Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan golongan antivaksin, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca