Walaupun semua orang tidak lagi dibenarkan untuk merentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali dengan sebab-sebab tertentu, ada juga individu yang memilih untuk melanggar arahan kerajaan.
Sudahlah merentas negeri, mereka turut bangga memaparkan tindakan berkenaan secara terbuka. Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah Instafamous yang menggelarkan diri beliau Datin ini turut berkongsi cara-cara untuk merentas negeri buat mereka yang mahu pergi berbulan madu.
Wanita yang dikenali dengan nama Inaz ini difahamkan sudah membuat tempahan tempat percutian sejak Disember lalu. Inaz turut mendakwa mereka telah menerima pelepasan daripada pegawai polis di tempat beliau untuk pergi berbulan madu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Menerusi stiker Ask Me Questions di Instagram, Inaz tampil menjawab soalan daripada para pengikut. Berikut adalah beberapa jawapan yang diberikan oleh Inaz terhadap soalan para pengikut.
“Inaz pergi rentas negeri atas urusan apa?” tanya seorang individu.

“Berbulan madu. Kenapa anda buat teruk? Anda boleh sahaja pergi ambil surat. Belum cuba sudah cemburu,” jawabnya ringkas.
Selain itu, beliau turut menjawab anda boleh menggunakan alasan berbulan madu untuk rentas negeri. Walau bagaimanapun, Inaz menjelaskan bahawa anda perlu pandai hadap sekiranya polis di tempat masing-masing tegas.


Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati perkongsian Instafamous tersebut yang kurang sensitif dengan keadaan semasa nyata menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan orang ramai:
People like this can fuck off. Honeymoon is not that important??? I see people have much more important agenda to cross the state tapi tak boleh but people who doesn’t have solid reason to boleh? Adumak the system is just dying https://t.co/YLSvk7ulMS
— ♡🧁 (@saeyra_) March 18, 2021
Instafamous dan kebodohan berpisah tiada! pic.twitter.com/6mjzV3PIAM
— chachimi (@snhkimy) March 18, 2021
Bestnya honeymoon je boleh rentas negeri. Orang lain bertadah air mata sebab tak boleh nak rentas negeri untuk jumpa family 🥲
— 𝐍𝐢𝐞𝐝𝐚 (@niedaothman) March 18, 2021
wow i didnt know everything was "back to normal" already 😱🤡 https://t.co/R4oNVrM1gB
— 😉 (@alizzizzelda) March 19, 2021
Kalau everything is back to normal already, then why do we still need to follow the SOP? People are dying. Insensitive betul 🙂 https://t.co/wK7ayASVva
— whatsername (@punkytiratty) March 18, 2021
The fact that she chose to answer these questions…..kalau dah tau hg still nak langgar the law, buat senyap2 sudah bukan lagi publicised for your followers to know, pastu bila orang hold yall accountable, mula menggeletis make it make sense sis 🤡 https://t.co/q7LgU4hkdS
— dani (@danizaydi) March 19, 2021
Excuse me sister, I had to postpone my honeymoon too. Takde I gigih nak rentas negeri just because. Other people had to wait a long time to see their family. Big deal Honeymoon…. https://t.co/NLim55fxZB
— Maisarah Madeonus (@MaisaraMadeonus) March 19, 2021
Bestnya honeymoon boleh rentas negeri, orang lain ada yang setahun lebih tak boleh balik kampung sebab tak boleh rentas negeri. Dia senang je pergi honeymoon lepas tu show off kat ig. Fuh sampah betul perangai https://t.co/GQE4Sw18s7
— qiden (@muhdnqiuddin) March 19, 2021
Apa pendapat anda tentang tindakan wanita tersebut?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: