Tanda baca merupakan simbol atau tanda yang digunakan untuk memberi isyarat kepada pembaca tentang mesej dalam sesuatu ayat. Ia diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.

Tanda baca ini sama pentingnya dengan ejaan kerana kedua-duanya menentukan keberkesanan penyampaian mesej penulis kepada pembaca. Penggunaan tanda baca yang tidak tepat akan mengelirukan para pembaca. Kali ini, kami kongsikan 7 ayat yang mana setiap satunya ditulis dengan 2 tanda baca berbeza dan membawa maksud berbeza.

1.

Kalau anda baca betul-betul, ayat pertama sebenarnya membawa dua maksud. Pertama sekali, ia membawa maksud tandas itu hanya boleh digunakan oleh ibu yang mengandungkan warga emas dalam perutnya. Selain itu, ayat pertama itu boleh juga membawa maksud tandas itu hanya boleh digunakan oleh ibu mengandung yang merupakan wargaemas dan OKU sahaja.

Ayat kedua pula membawa maksud tandas itu boleh digunakan oleh mereka yang mengandung, wargaemas dan OKU. Nampak tak betapa pentingnya tanda baca dalam sesuatu ayat?

2.

Sekilas pandang, kedua-dua ayat ini tampak sama. Pada hakikatnya, kedua-dua ayat ini membawa maksud yang sangat berbeza. Ketiadaan tanda baca dalam ayat pertama menjadikan maksudnya berubah 180 darjah di mana ia bermaksud Daniel ingin berkahwin dengan teman lelaki Mariam.

Ayat kedua pula membawa maksud yang sepatutnya iaitu Daniel ingin berkahwin dengan teman wanitanya yang bernama Mariam. Hanya disebabkan satu tanda koma yang kadangkala dipandang remeh, tidak pasal-pasal lelaki kahwin dengan lelaki pula jadinya.

3.

Kedua-dua ayat ini melihatkan situasi di mana Sarah mengajak makan. Namun begitu, anda semua perasan tak pada ayat pertama, Sarah mengajak orang untuk memakan ibunya. Kejam betul Sarah!

Ayat kedua pula membawa maksud Sarah mengajak ibunya untuk makan. Nampak tak betapa pentingnya tanda baca itu? Dengan menggunakan tanda baca yang betul, nyawa ibu kepada Sarah dapat diselamatkan.

4.

Ayat pertama lebih kepada arahan yang menyuruh seseorang itu memakai deodoran sebaik sahaja mandi wajib. Hal ini demikian kerana tanda koma diletakkan selepas perkataan wajib. Dengan ini, ayat tersebut tidak lagi menekankan perkataan wajib itu ke atas memakai deodoran sebaliknya ia merujuk kepada mandi wajib.

Ayat kedua pula membawa maksud seseorang itu wajib memakai deodoran setelah habis mandi. Walaupun kedua-dua ayat itu kelihatan sama tetapi hanya disebabkan tanda koma diletakkan di dua tempat yang berbeza, kedua-duanya membawa maksud yang berbeza.

5.

Sekali lagi, tanda koma memainkan peranan yang penting. Ayat pertama membawa maksud Iqie gemar untuk membaca buku berkaitan aktiviti memancing dan juga menyanyi.

Sebaik sahaja tanda koma diletakkan selepas perkataan membaca buku, ayat itu tidak lagi membawa maksud seperti ayat pertama tadi. Namun begitu, ia membawa maksud Iqie mempunyai tiga hobi iaitu membaca buku, memancing dan menyanyi.

6.

Ketiadaan tanda koma pada ayat pertama menyebabkan ia membawa maksud seolah-olah seseorang itu sedang marah.

Berbeza pula dengan ayat kedua walaupun ia kelihatan hampir sama. Pembaca dari Utara mesti tahu maksud ayat kedua, bukan? ‘Sat’ dalam loghat Utara memberi maksud ‘sekejap’. Jadi, ayat ini meminta seseorang itu untuk tunggu sebentar.

7.

Situasi ini hampir sama dengan situasi di nombor 5 di mana ayat pertama membawa maksud makanan kegemarannya ialah roti keju dan biskut.

Ayat kedua pula menunjukkan bahawa dia mempunyai tiga makanan kegemaran iaitu roti, keju dan biskut. Hanya disebabkan satu tanda koma, maksud kedua-dua ayat ini boleh berubah.

Jadi, terbuktilah bahawa tanda baca itu merupakan sesuatu yang sangat penting. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana apa yang ingin disampaikan mungkin tidak dapat difahami apabila ayat tersebut tiada tanda baca atau ia diletakkan di tempat yang salah. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.