Bandar Terapung Seakan Bentuk Ikan Pari, Direka Untuk Belayar Ke Seluruh Dunia

Sebuah imej ‘kapal bandar terapung’ yang berbentuk seperti ikan pari telah didedahkan dengan rekaan tersebut dikatakan mampu menampung beribu-ribu orang dalam satu masa.

Rekaan yang dinamakan City of Meriens itu dicipta untuk belayar ke seluruh dunia sambil berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan pembelajaran bagi mereka yang ingin meneroka kehidupan marin.

Sumber: Daily Mail

Bandar terapung ini mampu menampung sehingga 7,000 orang.

Selain itu, terdapat penyediaan pelbagai kemudahan penyelidikan dan sains di dalamnya sambil belayar di laut terbuka.

Arkitek dari Perancis, Jacques Rougerie menjelaskan bahawa beliau mahu mencipta City of Meriens dalam bentuk ikan pari manta kerana ia merupakan rekaan terbaik bagi menempatkan komuniti tersebut.

“Ia dibangunkan untuk penyelidik, ahli akademik serta pelajar yang ingin menerokai kehidupan marin.”

Tambah Rougerie, bandar terapung itu akan mengalu-alukan kedatangan penumpang dari seluruh dunia serta dikawal selia mengikut standard Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Rougerie mula merancang konsep bionik dan biomimetik tersebut 13 tahun lalu dan yakin ia akan beroperasi menjelang 2050.

“Ia akan merevolusikan dunia kajian bawah air kerana orang ramai boleh berhubung terus dengan laut serta mempunyai akses terus kepada dunia bawah air disebabkan City of Meriens berada di bawah air,” jelas Rougerie.

Sebaik sahaja dibina, kapal tersebut akan mempunyai panjang keseluruhan 900 meter (m) dan lebar 500 m.

Manakala bahagian dalamnya sepanjang 90 m.

Racangannya arkitek ini akan menyediakan dewan-dewan kuliah, makmal, kawasan tempat tinggal, aktiviti kebudayaan serta zon sukan.

City of Meriens akan berada di bawah naungan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menerusi Suruhanjaya Oseanografi Antara Kerajaan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca