Bandar Di Switzerland Ini Tetapkan Gaji Minimum Tertinggi Di Dunia

Setiap bandar di dunia telah menetapkan standard gaji minimum yang berbeza. Gaji minimum di setiap bandar ini perlu dibayar dan digunakan sebagai penanda aras berdasarkan pendapatan serta keperluan hidup penduduk di kawasan berkenaan.

Untuk pengetahuan anda, Geneva telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar dengan gaji minimum tertinggi di dunia. Penduduk di sana mampu memperoleh gaji tahunan lebih daripada RM200,000 setahun.

Terletak di Switzerland, undang-undang baharu di Geneva menyaksikan penduduk di sana akan memperoleh kira-kira £42,000 (RM226,219) setahun. Gaji minimum mereka pula adalah £3,500 (RM18,852) setiap bulan.

Keputusan baharu ini dibuat setelah menerima sokongan daripada dua pertiga pengundi di Geneva. Ia bakal berkuat kuasa dalam masa terdekat iaitu 17 Oktober 2020.

Sumber: CNBC

Dalam pada itu, kenaikan gaji minimum di Geneva ini sedikit sebanyak telah menarik minat orang ramai untuk berpindah dan bekerja di sana. Sebagai peringatan, kos sara hidup di Geneva adalah tinggi sehingga ia tersenarai sebagai salah satu bandar termahal di dunia.

Selain itu, faktor lain kenaikan gaji minimum di sana adalah kerana pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada sebahagian daripada penduduk yang bergantung harap pada sektor pelancongan.

Apabila melihat situasi ini, kenaikan gaji minimum di sana sedikit sebanyak boleh membantu masyarakat Geneva terutamanya 30,000 pekerja bergaji rendah yang kebanyakannya terdiri daripada wanita.

Pada pendapat anda, adakah gaji minimum di Malaysia perlu dinaikkan juga?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan gaji minimum, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca