Kebanyakan penyanyi pada zaman 1990-an mempunyai bakat dan populariti yang tinggi dengan alunan lagu pop dan balada yang dimainkan dalam gerakan muzik underground di Malaysia pada ketika itu.

Ayuh, kita imbas kembali perjuangan kumpulan Butterfingers yang terkenal pada tahun 90-an, sudah pasti ia masih segar dalam ingatan para peminat.

Credit: Akaun Twitter Taman Bunyi

Pada awalnya, sekitar tahun 1992, tiga anak muda dalam kalangan mereka iaitu Loque, Kadak dan Kalai terlalu meminati muzik Metallica tersebut sehingga ingin menubuhkan band bernama Loque’s Tail. Kemudian, mereka tukar ke Grunge.

Tertubuhnya kumpulan Butterfingers bermula sejak tahun 1993, di mana semasa Loque bertemu dengan Emmet buat pertama kalinya. Pada ketika itu, Emmet telah mempunyai band sendiri iaitu Grunge Days. Kemudian, mereka merancang untuk bergabung dalam satu kumpulan.

Butterfingers terdiri daripada 4 orang ahli iaitu Loque sebagai pemain gitar, Kadak sebagai pemain bass, Kalai sebagai pemain dram dan Emmett memegang peranan sebagai vokalis.

Perjalanan Butterfingers bermula di gig sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Antara berikut senarai lagu Butterfingers:

1. Demo “Girl Friday” dan “When You’re Addicted” kepada “O’Tynne,” 1994.
2. Demo pertama “12 Goats, 6 Oranges dan 2 Angels” iaitu “Ginseng”, “Wet Blanket” dan “When You’re Addicted,” 1995.
3. Demo kedua “Butter Couldn’t Melt”, lagu “Stolen” dan “LCD” serta “Chrome,” 1996.

Kesemua lagu ini telah dimuatkan dalam satu album pertama mereka iaitu 1.2 milligrams. Album kedua mereka iaitu Butter Worth Pushful, album ini telah mendapat pencalonan Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1998. Kumpulan ini juga telah berjaya melancarkan album ketiga bertajuk Transcendence.

Pada awal tahun 2001, Butterfingers semakin kembangkan sayapnya dengan pelbagai muzik yang didendangkan sehingga tahun 2008, sebelum mereka membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Lagu dan lirik mereka telah berjaya menyentuh jiwa ramai remaja pada tahun 90-an dan ia membantu dalam membentuk pemikiran mereka agar lebih terbuka terhadap dunia.

Semoga para pembaca dapat memanfaatkan segala informasi yang diberi dengan sebaiknya.

Sumber: Twitter

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry