Band Baru Dari Indonesia Ini Dikecam Kerana Ciplak Lagu Tergantung Sepi Nyanyian Haqiem Rusli

Komposer dan pemilik akaun Instagram Sirkhan Danial mendakwa sebuah kumpulan yang baru ditubuhkan dari Indonesia, Symphony Band telah meniru lagu nyanyian Haqiem Rusli berjudul Tergantung Sepi di laman Instagram miliknya semalam.

Menurut beliau, lagu yang berjudul Pergi Saja itu cuma diubah lirik dan tajuk sahaja sementara hampir keseluruhan melodi meniru lagu asal nyanyian Haqiem Rusli.

Beliau berharap pihak FMC Music segera mengambil tindakan atas perlanggaran hak cipta yang dilakukan kumpulan terbabit.

https://www.instagram.com/p/B3pJBbDFFW-/

Sirkhan Danial juga sempat menyampaikan pesanan kepada anak-anak seni di luar sana agar berkarya denagn lebih jujur dan jadikan hal ini sebagai pengajaran. Perkara seperti ini boleh berulang lagi dan mungkin bukan yang pertama.

https://www.instagram.com/p/B3qT__0FaB7/

Pemilik lirik dan melodi asal lagu tersebut, Haqiem Rusli tidak memberi sebarang komen cuma meletakkan emoji senyum di IG story beliau.

Lagu Pergi Saja itu merupakan ‘karya’ seorang komposer Indonesia yang dikenali sebagai Rivi. Lagu tersebut mengisahkan sepasang kekasih yang terpaksa berpisah kerana menderita penyakit berbahaya.

Walau bagaimanapun, video lagu tersebut telah dipadam di akaun YouTube kumpulan itu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca