Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah memutuskan untuk tidak mendaftarkan pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dalam sebarang pertandingan antarabangsa melibatkan negara berkuat kuasa 18 Januari lalu.
Timbalan Presiden 2 BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, penggantungan itu akan berjalan selama tempoh dua tahun. Menurut beliau, BAM dan Zii Jia telah melakukan beberapa siri perbincangan sebelum ini dan mereka telah meminta pemain tersebut bagi mempertimbangkan keputusannya.
Hasil daripada perbincangan tersebut, Lee Zii Jia telah menyenaraikan beberapa permintaan. Namun demikian, BAM tidak dapat memenuhi permintaan tersebut dan menegaskan bahawa mustahil untuk memenuhi kehendaknya seperti pasukan kejurulatihan sendiri selain menentukan kejohanan yang mahu disertai olehnya.
Walau bagaimanpun, BAM masih menawarkan beliau beberapa insentif yang lumayan, termasuk faedah kewangan. Namun, Lee Zii Jia tetap dengan keputusannya dan tidak mahu mempertimbangkannya lagi.
“Kini, kita tahu Zii Jia, pemain kebangsaan yang pernah memenangi Kejohanan All England…. adalah sukar, mengecewakan apabila BAM kehilangan beliau.“
“Tapi beliau sudah buat keputusan dan kita perlu respons terhadap permintaan beliau,” kata Datuk Seri Jahaberdeen ketika sidang media khas di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara di sini, pada hari Jumaat.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: