Balu Kobe Bryant Saman Syarikat Helikopter

Vanessa Bryant yakni balu kepada ikon bola keranjang Kobe Bryant telah memfailkan saman terhadap pengendali helikopter yang terhempas pada 26 Januari lalu.

Ia susulan nahas helikopter yang telah mengorbankan suaminya dan lapan yang lain di Calabasas, California, Amerika Syarikat.

Tuntutan saman berkenaan difailkan Vanessa di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada hari yang sama satu upacara umum di Staples Center diadakan bagi memperingati Kobe dan anak perempuannya, Gianna, 13, serta tujuh lagi mangsa yang maut ekoran kemalangan terbabit.

Saman berkenaan menamakan Island Express Helicopters, Island Express Holding Corp dan juruterbang helikopter, Ara Zobayan yang juga merupakan salah seorang daripada mangsa korban nahas.

Sumber: The Sun

Selain itu, nahas helikopter berkenaan turut meragut nyawa rakan sepasukan bola keranjang Gianna Bryant iaitu Alyssa Altobelli dan Payton Chester, ibu bapa Altobelli John dan Keri, ibu Sarah Payton dan pelatih bola keranjang Christina Mauser.

Dalam pada itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan masih menyiasat punca sebenar kemalangan berkenaan. Namun, penemuan awal mendapati tiada tanda-tanda kegagalan mekanikal.

Saman yang difailkan Vanessa itu menyalahkan syarikat berkenaan kerana membenarkan helikopter terbang dalam keadaan kabus tebal dan awan rendah pada pagi kejadian di mana ia merupakan cuaca yang tidak sesuai untuk penerbangan dilakukan.

Sementara itu, ribuan peminat hadir pada Isnin ke Staples Center bagi memperingati ikon NBA, Kobe Bryant, anak perempuannya dan tujuh mangsa lain yang terkorban dalam nahas helikopter pada 26 Januari lalu.

Upacara berkenaan turut disertakan persembahan amal oleh selebriti terkenal Hollywood seperti Beyoncé, Alicia Keys dan Christina Aguilera.

Kesemua wang hasil daripada penjualan tiket acara pada hari itu dilaporkan akan didermakan kepada Mamba and Mambacita Sports Foundation.

Untuk membaca artikel lain berkaitan mendiang Kobe Bryant, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca