“Korang, aku lulus paper psikologi!” Aku menaip abjad ‘A’ kepada kawan aku untuk memberitahu mereka yang aku dapat keputusan yang cemerlang dalam subjek tersebut.
Simbol emoji ‘Thumbs Up’ Balas kawan aku.
Bagi aku seseorang yang suka menilai ayat dalam setiap patah perkataan, apabila mendapat balas emoji sahaja, mesti dalam hati rasa seperti ‘Eh, itu sahaja yang kau mampu balas?’
Pernah korang rasa seperti ini tak? Rasanya kalau emoji digunakan sebagai penghias ayat masih boleh diterima lagi. Tapi bila orang balas mesej dengan bagi emoji semata-mata, apa yang korang rasa? Macam nak flip-phone sahaja kan?
Korang perasan tak? Semakin berlalu waktu, kita lebih suka menggunakan emoji sebagai pengganti kata-kata atau ayat. Entah kerana betul-betul sibuk atau rasa lebih mudah dan cepat, sebab dah tak perlu nak taip panjang lebar?
Tapi sedarkah kita, perbuatan tersebut lama kelamaan akan mengurangkan nilai dalam komunikasi dua hala? Sebab simbol emoji seperti ‘Thumbs Up’ semata tak akan mampu menggantikan kata-kata yang boleh orang faham atau mendapatkan maklumat yang jelas.
Ini hanyalah pendapat peribadi dan berdasarkan pada pengalaman saya sendiri. Mungkin ada orang yang akan kata, ‘Dia balas mesej pun dah bagus’. Atau mungkin di luar sana memang ada orang yang lebih memilih emoji untuk mewakilkan perasaannya.
Tapi percayalah, secanggih dan secomel mana pun emoji yang kita gunakan. Ia tak akan mampu menggantikan tiap patah perkataan yang kita taip, apatah lagi untuk mewakili perasaan kita.
Jadi, harap sangat jangan balas dengan emoji sahaja, semasa waktu tengah bergaduh, terutama kepada orang yang anda sayang kerana ia boleh mencetuskan peperangan (kemarahan) nanti.
Perkongsian dengan izin penulis asal, Asma Huda