Balas Dendam Keluarga Mati Dijangkiti COVID-19, Pasangan Maut Ditembak Kerana Dituduh Punca Jangkitan

Pasangan di Brazil dilaporkan telah ditembak sehingga mati oleh salah seorang jiran yang menuduh mereka sebagai punca jangkitan COVID-19 kepada keluarganya.

Kedua-dua Flanklaber Silva e Silva, 40, dan isterinya, Marilia Silva e Silva, 37, disahkan meninggal dunia setelah ditembak dalam sebuah perbuatan membalas dendam.

Pihak polis melaporkan bahawa kedua-dua mangsa telah ditembak di Itumbiara, wilayah selatan Goias, Brazil pada Selasa yang lalu.

Suspek dipercayai telah melepaskan sebanyak 20 das tembakan sebelum melarikan diri daripada tempat kejadian.

Pihak polis mendakwa bahawa motif suspek adalah disebabkan perbuatan membalas dendam setelah kehilangan ayah dan abangnya yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

Suspek telah melarikan diri setelah kejadian tersebut namun berjaya ditangkap setelah dijejaki oleh pihak polis.

Difahamkan, kedua-dua mangsa dikatakan sedang bekerja di sebuah gudang yang besar ketika suspek melepaskan tembakan.

Suspek dilaporkan telah menembak Flanklaber pada bahagian kepalanya manakala isterinya ditembak pada bahagian wajah.

Marilia digegaskan ke hospital namun mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia kerana kecederaan parah yang dialaminya.

Flanklaber telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Anak mangsa, Flanklaber Silva e Silva Junior, 21, yang turut ditembak pada bahagian kakinya mengalami keretakan pada tulang dan dikatakan masih dalam proses penyembuhan.

Mangsa sekeluarga dipercayai menerima banyak ugutan bunuh kerana telah dituduh menjadi punca penularan wabak COVID-19 kepada keluarga suspek.

Suspek didakwa telah datang ke tempat kejadian untuk membalas dendam atas kematian ahli keluarganya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca