Balas Dakwaan ‘Influencer’ Vietnam, Ini Sebab Sebenar Kenapa Akim Ubah Konsep Video Muzik Rampas

Gara-gara lakonannya dalam video muzik Rampas dendangan kumpulan Akim & The Majistret dipotong, seorang influencer dari Vietnam bernama Jade Yanh meluahkan kekecewaannya di laman Twitter.

Menerusi bebenang tersebut, Jade menjelaskan bahawa dirinya terkejut apabila diberitahu oleh pihak produksi bahawa semua babak melibatkan dirinya terpaksa dibuang kerana isteri vokalis berkenaan tidak menyukainya.

Sumber: Twitter @jadeyanh

Selepas menyedari ciapan tersebut ditujukan kepadanya, Akim tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut. Akim berkata bahawa pihaknya menapis beberapa babak dalam muzik video berkenaan adalah untuk menjaga sensitiviti masyarakat.

Bagi Akim, babak-babak yang dilakonkannya bersama Jade adalah tidak bersesuaian dengan situasi yang melibatkan dirinya dan keluarga pada waktu itu.

“Rampas itu tulisan khas atas pemergian orang yang paling saya sayang iaitu ibu. Dengan muzik video yang pada saya agak sensitif dan keterlaluan, saya rasa ia tak sesuai untuk dikeluarkan.

Disebabkan masih berpegang pada adat dan budaya timur, saya ambil keputusan untuk ubah semua konsep muzik video kepada yang boleh ditonton untuk semua.

Saya dah kehilangan ibu. Sekiranya saya keluarkan muzik video yang keterlaluan pada pandangan mata orang Asia, apa pula pandangan kekecewaan yang akan saya dapat daripada bapa? Saya tidak mahu kecewakan bapa dan keluarga,” ujar Akim menerusi sebuah bebenang di laman Twitter.

Sumber: Instagram @akimahmad

Dalam pada itu, Akim menyifatkan tindakan model berkenaan telah menjejaskan perasaannya kerana ia berlaku pada hari ulang tahun perkahwinannya bersama Stacy.

Akim mengikat tali perkahwinan bersama Stacy pada 5 Februari 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan. Ibu Akim telah menghembuskan nafas terakhir kerana komplikasi buah pinggang pada 5 Mei 2018.

Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet turut bersetuju dengan Akim dalam hal ini:

Muzik video Rampas pula dikeluarkan pada 7 September tahun sama. Apa pendapat anda berkenaan isu ini? Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan industri hiburan tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca