Bakat Luar Biasa, Pelukis Ini Boleh Melukis Guna Kaki Tangan Pada Masa Sama

Seorang pelukis dari Belanda menunjukkan bakat luar biasanya dengan melukis enam potret terbalik menggunakan kaki dan tangannya dalam waktu yang sama.

Sumber: Rajacenna

Rajacenna van Dam berasal dari Netherlands mempunyai kemahiran kedwicekatan (ambidextrous) iaitu orang yang boleh menggunakan kedua-dua belah bahagian tubuh dengan cekap.

Rajacenna bukan sahaja mampu melukis dengan kedua-dua belah tangan tetapi dia juga boleh menggunakan kaki untuk melukis pelbagai potret realistik yang berbeza pada masa yang sama.

Menerusi hantaran video di Instagram, Rajacenna menunjukkan cara dia melukis enam potret artis yang berbeza secara terbalik.

Lebih menarik lagi, ini adalah kali pertama Rajacenna melukis menggunakan kaki dan ditambah pula dengan kesukaran lain iaitu potret tersebut dilukis secara terbalik.

Menurut Rajacenna, dia suka mencabar diri sendiri dan menguji bakat yang diperolehi.

Hal ini kerana Rajacenna selalu memikirkan kaki seperti tidak berguna untuk digunakan dalam seni lukisan.

Sumber: Daily Nation Today

Namun begitu Rajacenna terasa kagum kerana banyak kawalan yang dia boleh buat menggunakan kaki semasa melukis.

Hasilnya, pelukis tersebut berjaya melukis 6 potret artis iaitu Bella Poarch, Harry Potter, Billie Eilish, Wonder Woman, Shakira dan Angelina Jolie.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca