Bakal Terbang Keliling Bulan, Jutawan Jepun Cari Teman Hidup Untuk Ke Angkasa Bersama

Siapa sahaja yang tidak pernah menyimpan impian untuk mengelilingi bulan? Mimpi anda mungkin menjadi realiti dan bukan hanya mainan tidur semata-mata!

Dilaporkan bahawa seorang jutawan dari Jepun iaitu Yusaku Maezawa sedang mencari teman wanita untuk menemani perjalanannya dalam mengelilingi bulan.

Siapakah Yusaku Maezawa? Beliau merupakan seorang usahawan fesyen dalam talian.

Menurut laporan Astro Awani, kekasih kepada jutawan itu juga bakal menjadi subjek kepada sebuah program dokumentari terbaharu di rangkaian AbemaTV.

Image
Yusaku Maezawa

Untuk dijadikan cerita, Yusaku menulis di laman webnya, “Perasaan sepi dan kosong menguasai saya, jadi ada satu perkara yang saya fikirkan iaitu mencintai seorang wanita.”

Tambahnya, “Saya ingin mencari pasangan untuk masa depan saya, saya ingin laungkan cinta kami dan kedamaian dunia dari ruang angkasa.”

Beliau akan menjadi penumpang persendirian pertama menaiki pesawat angkasa SpaceX milik Elon Musk pada tahun 2023.

Untuk pengetahuan anda, ciri-ciri teman wanita idaman Yusaku ialah wanita itu mesti berminat untuk menjelajah ke ruang angkasa.

Selain itu, wanita terbabit perlu bersedia untuk mengambil bahagian dalam persediaannya dan menginginkan kedamaian dunia.

Seterusnya, lelaki berusia 45 tahun itu memaklumkan bahawa beliau sedang mencari wanita berusia 20 tahun ke atas untuk dijadikan teman wanita.

Di samping itu, usahawan itu berkata bahawa beliau mempunyai perancangan untuk membawa penggiat seni dalam penerbangan berkenaan.

Jelasnya, beliau mahukan penerbangan itu untuk memberi inspirasi kepada hasil kerja penggiat seni berkenaan.

Kepada anda yang mahu tonton dokumentari berkenaan, Full Moon Lovers ialah tajuk rancangan televisyen tersebut dan ia akan disiarkan di AbemaTV.

Yusaku sebelum ini menghadiahkan wang berjumlah AS$9 juta (RM36,562,500) kepada 1,000 pengikutnya di Twitter.

Hadiah wang kepada pengikutnya di laman Twitter ialah satu eksperimen sosial yang dilakukan oleh jutawan berkenaan untuk melihat sama ada wang boleh meningkatkan kebahagiaan.

Pada pendapat anda, adakah tawaran untuk mengelilingi bulan ini menarik perhatian?

Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih banyak berita menarik di Jepun, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca