Bakal Menantu Hamil Dahulu, Pasangan Ini Tetap Anggap Cucu Sebagai Keluarga

Ibu berumur 38 tahun dapat jadi nenek setelah anaknya 16 tahun tidak sengaja buatkan teman wanita dia mengandung.

Ibu bersama suaminya yang berumur 42 tahun kini menjadi atuk dan nenek sepenuh masa untuk menjaga cucu mereka seperti anak sendiri.

Berbeza dengan ibu bapa lain pastinya sukar untuk terima hakikat anaknya telah mengandungkan gadis lain, pasangan ini pasrah malah rela menjaga cucunya itu.

Pasangan dari Taiwan ini sudah berkahwin awal dan dikurniakan anak semasa mereka masih muda.

Disebabkan sibuk dengan pekerjaan, pasangan ini terpaksa meminta orang tua mereka untuk menjaga bayi tersebut.

Jadi, mereka jarang meluangkan masa dengan anak mereka. Tanpa diduga, apabila anaknya menjangkau umur 16 tahun, remaja tersebut terlanjur ‘mengandungkan’ teman wanitanya.

Sudahnya, mereka menjaga bayi itu uuntuk merasakan saat pertama kali menimang cahaya mata. Mereka terpaksa melayari internet untuk belajar parenting skill kerana sepanjang anaknya membesar mereka sibuk dengan bekerja.

Si ibu sanggup berhenti kerja untuk menjaga cucunya. Katanya kalau itu anak dia sendiri, pasti dia akan jaga seeloknya.

Malah si ibu juga merasakan cucunya ini macam anaknya sendiri berbanding anak kandungnya.

Menurut si bapa pula, dia hanya mempunyai empat hari untuk membuat persiapan mental untuk menjadi seorang datuk memandangkan dia baru sahaja tahu kehamilan teman wanita anaknya empat hari sebelum cucunya dilahirkan.

Katanya lagi, teman wanita anaknya itu sendiri baru tahu yang dia mengandung semasa kandungan 37 minggu selepas membuat ujian kehamilan.

Dia juga dikhabarkan sudah melaksanakan pemeriksaan ultrasound dan selamat melahirkan bayi pada 4 hari kemudian.

Walaupun dia bahagia menjadi datuk dan diberi peluang kedua untuk merasai manisnya dunia parenting, dia masih tetap menasihati anak remajanya itu supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Mereka menerima setiap perkara ini dari sudut pandang yang positif. Semoga mereka kekal menjadi keluarga yang bahagia.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca