Bakal Jadi Hab Kewangan Antarabangsa, i-City Malaysia Lokasi Baharu Operasi Maybank

i-City Malaysia telah mengumumkan secara rasminya tentang penamaan menara 33 tingkat kepada Mercu Maybank bagi mengikuti langkah 4 bank terbesar wilayah untuk memindahkan HQ mereka ke i-City Malaysia.

Bandar teknologi No. 1 di Malaysia telah menarik minat beberapa syarikat multinasional besar dalam bidang kewangan dan teknologi bagi menyewa dengan i-City. Manakala, dengan adanya Maybank dalam senarai sewaan i-City Malaysia.

Ini dapat meningkatkan 80% penambahan kadar pengambilan Gred A, penyiapan bangunan bersifat Green Building Index (GBI). Melalui pemindahan Maybank ke i-City ini, pengerusi I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hom berkata bahawa menara pejabat yang bernama Menara Sumurwang akan berubah kepada Mercu Maybank.

“Kami amat gembira dengan keputusan Maybank untuk mengembangkan operasinya secara strategik bersama i-City Malaysia, bagi menawarkan standard kualiti dan kemampanan yang tinggi di lokasi utama”.

“Sebagai organisasi yang dipacu secara digital, i-City Malaysia adalah  destinasi pilihan sedia ada untuk firma yang ingin berpindah dengan infrastruktur bertaraf dunianya.”

“Dengan kemasukan Maybank ke menara korporat Gred A pertama i-City, GBI, kami telah berjaya mencapai 80 peratus kadar pengambilan dalam tahun pertama selepas siap walaupun berdepan pandemik. Menara korporat berstatus MSC ini akan menjadi pusat kepada institusi kewangan, syarikat multinasional dan pemain logistik antarabangsa”.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca