Bakal Ganti Neelofa Sebagai Pengacara Baharu MeleTOP? Ini Penjelasan Mira Filzah

Neelofa umumkan pengunduran diri daripada rancangan MeleTOP pada 3 Disember lalu selepas tujuh tahun mengacara rancangan tersebut.

Untuk pengikut rancangan berkenaan, ramai yang ingin tahu siapakah gerangan yang bakal menggantikan tempat Neelofa dalam rancangan MeleTOP.

Berita baik buat peminat Mira Filzah kerana pelakon pujaan ramai itu dikhabarkan sebagai salah satu calon pengacara baharu untuk rancangan hiburan berkenaan.

Namun, pelakon dan pengacara terkenal itu terkejut selepas mendapat tahu namanya menjadi antara calon yang disebut-sebut untuk menggantikan Neelofa dalam rancangan tersebut.

Mira menjelaskan bahawa sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang perjanjian, tawaran atau makluman daripada pihak yang terbabit.

Pelakon itu berkata, “Daripada pihak saya setakat ini belum ada apa-apa lagi.”

Tambahnya, “Sekiranya ada yang menyebut nama saya bakal menjadi hos baharu, ia merupakan satu perkembangan yang baik kerana mungkin orang nampak kemampuan saya.”

Pengacara dan pelakon itu menjelaskan, “Bukan senang untuk sesiapa sahaja termasuk saya untuk mengambil alih rancangan itu kerana program itu sendiri pun sudah mempunyai satu jenama dan chemistry yang sangat kuat.”

Menerusi temu bual Mira bersama Gempak, “Kalau tiba-tiba nama saya berbangkit, maknanya orang nampak potensi saya. Cuma, belum ada apa-apa lagi buat masa sekarang.”

Selain daripada Mira Filzah, penyanyi Siti Nordiana yang lebih mesra dikenali sebagai Nana turut pernah dikhabarkan untuk menjadi calon hos baharu MeleTOP.

Nana sebelum ini pernah mengendalikan program hiburan Gema Gegar Vaganza selama dua musim bersama pelakon terkenal Fikry Ibrahim.

Dalam pada itu, Mira pula pernah diundang untuk menjadi pengacara jemputan rancangan MeleTOP sebelum ini dan terima respons positif daripada penonton.

Sekiranya anda ingin membaca lebih banyak artikel mengenai selebriti tanah air, anda boleh klik pautan di bawah.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca