Kumpulan ikonik K-Pop, Super Junior bakal mengukir sejarah apabila menjadi kumpulan K-Pop pertama yang membuat konsert di Arab Saudi. Sebelum ini, tiada mana-mana kumpulan K-Pop yang pernah melebarkan sayap di negara itu.
Konsert Super Junior World Tour ‘Super Show 7S’ akan bertemu peminat pada 12 Julai ini dan ia bertempat di King Abdullah Sport City, Jeddah.
View this post on InstagramA post shared by μ°λ¦° μνΌμ£Όλ μ΄! μμπ (@superjunior) on
Pengumuman konsert ini dimuat naik menerusi akaun Instagram rasmi kumpulan itu pada Rabu.
Berita gembira ini tentu sekali mengejutkan para peminat. Rata-rata teruja menantikan konsert berkenaan. Namun begitu, ada juga yang tidak berpuas hati kerana mereka menganggap pengumuman dan tarikh konsert itu terlalu dekat.
Terdahulu, beberapa selebriti terkenal dunia termasuklah Mariah Carey dan penyanyi Itali, Andrea Boceli pernah membuat konsert di Arab Saudi.