Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang, Ini Amaran Putera Harry Dan Meghan Markle Terhadap Media

Pasangan Diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle mahu memulakan kehidupan baharu mereka di Kanada tanpa gangguan media.

Mana tidaknya, pasangan itu akui bahawa mereka sering menjadi tumpuan media tanpa rela selepas mengikat tali perkahwinan pada Mei 2018.

Putera Harry dan Meghan memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang ke atas media untuk melarang gambar mereka daripada dirakam oleh paparazzi.

Beberapa akhbar di Britain termasuk The Sun dan Daily Mail sudah pun menerima amaran perundangan kerana tidak menghormati privasi keluarga kecil Putera Harry.

Walaupun Putera Harry dan Meghan sudah melepaskan gelaran diraja dan mahu memulakan kehidupan baharu, akhbar-akhbar itu sebaliknya memaparkan foto Meghan dan Archie bersiar-siar bersama anjing peliharaan mereka di Kanada.

Kediaman mewah Putera Harry dan isterinya, Meghan di Pulau Vancouver. – Foto AFP

Peguam kepada pasangan diraja berkenaan mendakwa gambar itu diambil secara sembunyi dan tanpa kebenaran sekali gus menyifatkan tindakan jurufoto itu sebagai gangguan.

Dalam pada itu, Putera Harry dan Meghan bersama putera sulung mereka, Archie berpindah ke kediaman baharu mereka di Pulau Vancouver dari Istana Buckingham pada Isnin lalu.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menafikan dakwaan bahawa beliau berhubung secara langsung dengan Ratu Elizabeth berhubung kos keselamatan Putera Harry dan keluarganya menerusi sebuah sidang media.

Jelasnya, ‚ÄúPerbincangan masih berlangsung dan saya tidak mempunyai keputusan terkini mengenainya.”

Pada pendapat anda, wajarkah tindakan undang-undang diambil oleh Putera Harry dan Meghan Markle untuk melindungi privasi keluarga kecil mereka?

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai Putera Harry dan Meghan Markle, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca