Anggota kumpulan BIGBANG iaitu Taeyang akan berkolaborasi bersama Lisa Blackpink dalam album baharunya yang bakal menemui para peminat pada bulan April ini.
Memetik laporan Soompi, OSEN melaporkan pada 12 April bahawa Lisa akan mengambil bahagian dalam album terbaharu Taeyang. Menurut laporan media tempatan, Lisa bukan sahaja akan featuring dalam lagu terbaharu Taeyang tetapi anggota termuda Blackpink itu juga dilaporkan akan membintangi muzik video itu.

Sumber dari agensi yang menaungi anggota kumpulan BIGBANG itu iaitu The Black Label memberikan respons kepada laporan tersebut dengan berkata, “Lisa Blackpink akan tampil (featuring) dalam album akan datang Taeyang yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada bulan April.”
Pada bulan Januari tahun ini, Taeyang telah membuat kemunculan semula dengan lagu VIBE yang menampilkan Jimin BTS sebagai rakan duetnya.

Selepas ia dikeluarkan, VIBE menyapu bersih carta muzik tempatan dan carta-carta iTunes di seluruh dunia. Lagu itu juga memasuki carta Billboard Hot 100 di nombor 76 dan carta Global Kecuali Amerika Syarikat di tangga kesembilan pada bulan lalu.
Pada bulan lalu, Taeyang mengesahkan bahawa dia akan kembali menemui para peminat dengan album solo terbaharu pada bulan April.
Adakah anda bersedia untuk kolaborasi pertama kedua-dua penyanyi ini? Sama-sama kita nantikan!
TAEYANG – '나의 마음에 (Seed)’ Spoiler
— TAEYANG (@Realtaeyang) April 12, 2023
EP ALBUM [Down to Earth]
2023.04.25 6PM (KST)
▪️ https://t.co/9Ga7cUSDe6 ▪️#TAEYANG #태양 #나의마음에 #Seed #DowntoEarth#THEBLACKLABEL #더블랙레이블 pic.twitter.com/LSq5cdAhz2
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: