Baju Melayu Ala Patung Orang-Orang Di Sawah Padi Terima Pelbagai Reaksi Warganet

Seperti biasa, menjelang sahaja sambutan Hari Raya Aidilfitri, pasti pereka fesyen ‘berlari-lari’ mempamerkan baju-baju rekaan mereka untuk memenuhi cita rasa pengguna. Setiap tahun, pelbagai trend akan wujud dan kadang-kadang, ada yang tidak boleh diterima dek akal.

Baru-baru ini, tular di laman sosial berkenaan satu rekaan baju Melayu yang kelihatan seolah-olah diinspirasikan daripada baju kelawar.

Rekaan tersebut menimbulkan kontroversi dan rata-rata pengguna media sosial memberikan komen masing-masing. Majoriti komen yang ditinggalkan para pengguna adalah berbaurkan kecaman kerana rekaan tersebut dilihat merosakkan imej pakaian tradisional yang sememangnya menjadi kebanggaan orang Melayu.

https://twitter.com/itsbellaaz/status/1124587445993889793

Baju Melayu berkenaan direka dengan ukuran lebar pada bahagian lengan dan senteng pada bahagian badan. Ia menjadi bahan jenaka warganet apabila baju itu kelihatan persis patung orang-orang di sawah padi apabila ia diperagakan oleh model-model lelaki dan wanita.

Malah, ada juga segelintir pihak yang menggelarkannya sebagai fesyen ‘tutup perut’. Walau bagaimanapun, pereka fesyen baju Melayu tersebut masih belum dikenal pasti dan begitu juga tujuan baju versi itu direka.

Apa pendapat anda semua tentang rekaan ini? Agak-agak, ada tak yang berminat untuk beli? Kata orang, barulah rare di pagi raya nanti!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca