Bajet 2022: Wajarkah Vape Dikenakan Cukai?

Kerajaan telah mencadangkan agar mengenakan cukai terhadap cecair nikotin iaitu rokok elektronik dan vape. Ini bagi menggalakkan orang ramai bagi berhenti melakukan aktiviti tersebut.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, mengenakan cukai menjadikan barangan itu lebih sukar diperoleh berbanding kini dan mengubah cara hidup individu.

“Ini antara faktor menggalakan masyarakat bagi berhenti daripada aktiviti yang tidak bermanfaat kepada kesihatan selain mengelakkan lebih ramai anak muda terjebak”

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair nikotin rokok elektronik dan vape.

Manakala, Dr Marlina berkata, apabila dikenakan cukai, kemungkinan salah laku undang-undang seperti kegiatan penyeludupan barangan tersebut akan meningkat.

Oleh yang demikian, kerajaan perlulah bersedia agar kegiatan tersebut tidak berlaku sama sekali.

Selain itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Dr Mohammad Farhan Rusli berkata, cadangan mengenakan cukai ke atas barangan nikotin tersebut hanya memberi manfaat ekonomi sahaja.

Cadangan beliau agar barangan yang mendatangkan kesan negatif tidak sepatutnya dijual dan dibeli di negara ini.

“Cukai bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Kalau ia bahaya tidak sepatutnya ada lagi di negara ini. Ini sebenarnya cadangan yang betul-betul holistik”

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca