BAIT Tampil Dengan Model Edisi Terhad G-SHOCK ‘Initial D’

Penggemar setia manga Initial D dan G-SHOCK pasti tidak keruan dengan kemunculan model kolaborasi terkini antara G-SHOCK, Initial D dan butik BAIT ini. Butik yang berasal dari Amerika Syarikat ini meliputi jualan barangan koleksi dari segi kasut hinggalah ke pakaian.

Sebagai penutup tahun 2020, BAIT hadir dengan model kolaborasi ini bagi model G-SHOCK DW-5600 yang semestinya mengikut tema kereta ikonik dalam manga Initial D iaitu Toyota Sprinter Trueno APEX AE86.

Sumber: Instagram @baitme

Seperti dalam Initial D, model kolaborasi ini mengambil inspirasi warna serta rekaan kereta yang dipandu Takumi Fujiwara.

Tulisan Jepun yang tertulis pada kereta Takumi menghiasi jam tangan tersebut di bahagian strap. Logo Initial D juga dapat dilihat apabila lampu jam dinyalakan.

Initial D merupakan siri manga Jepun karya Shuichi Shigeno yang bertemakan perlumbaan kereta jalanan.

Untuk semua peminat setia Initial D, kami ada berita baik buat semua. Anda boleh dapatkan jam tangan G-SHOCK pada harga $200 (RM 820). Walau bagaimanapun, pembelian jam tangan yang bertemakan manga ini agak sukar kerana ia hanya dibuka kepada rakyat Amerika Syarikat sahaja.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca