Bahasakan Diri Sebagai Mami Di Media Sosial, Ini Respons Azhar Sulaiman Selepas Dilabel Pondan

Gara-gara kerap membahasakan dirinya sebagai Mami di media sosial, pelakon Azhar Sulaiman tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan warganet yang berkata dia adalah seorang lelaki lembut dan pondan.

Untuk menjelaskan kekeliruan tentang penggunaan ganti diri yang sering kali digunakan kepada pengikutnya, Azhar yang berada di set penggambaran bertanya kepada pelakon Ruhainies tentang panggilan Mami.

Sumber: Remaja

“Nampaknya ramai yang tanya kenapa guna gelaran Mami? Pondan ke? Jom kita tanya orang Penang. Ruhainies, okey ke kalau Abang Har guna gelaran Mami?” tanya Azhar.

Pelakon Cukup Derita Itu kemudiannya menjelaskan maksud gelaran tersebut dengan berkata, “Mami itu dia macam kepochi saja. Macam makcik bawang. Mami jarumlah.”

Azhar kemudiannya bertanya kepada Ruhainies sama ada aktres itu menganggap dia sebagai seorang lelaki lembut atau sebaliknya. Ruhainies menjawab soalan Azhar dengan berkata, “Jantan tulenlah of course. Dah macam abang saya sendiri,” tambahnya.

Sumber: OhBulan!

Sekiranya anda menonton video itu, Azhar kemudiannya menjelaskan bahawa dia adalah seorang lelaki sejati dan tidak akan menangis kerana hal yang remeh.

“Saya jantan! Anak jantan tidak boleh menangis,” ujarnya.

Anda boleh tonton video penuh di sini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca