Bahasa Melayu Tidak Lagi Digunakan, Kereta Malaysia Hilang Identiti Tempatan?

Suatu ketika dahulu, kita seringkali mendengar nama kereta keluaran tempatan menggunakan perkataan bahasa Melayu seperti Kancil, Kembara, Wira dan banyak lagi.

Namun pada masakini bahasa kebangsaan tidak lagi digunakan pada model-model kereta terbaru keluaran tempatan.

Itulah perkongsian seorang warganet yang bernama @aamirmisra di Twitter baru-baru ini.

Menurut beliau, menamakan kereta buatan tempatan dengan bahasa Melayu adalah salah satu peluang untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ke persada dunia.

Tapi malangnya, kereta tempatan keluaran pada zaman ini menggunakan nama dari bahasa asing. Liputan industri automotif semakin mudah dan meluas pada zaman ini dengan adanya pelbagai platform Internet.

Malah, kereta jenama tempatan turut dieksport ke luar negara sekaligus dapat menaikkan lagi bahasa kebangsaan di mata dunia.

Ciapan tersebut turut dikongsikan di Facebook oleh satu laman yang bernama Ajar. Rata-rata warganet juga berkongsikan pendapat mereka terhadap perkara ini.

Betul juga ya 🤔

Posted by Ajar on Friday, March 5, 2021

Ada yang menyatakan tujuan tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai jenama adalah bagi tujuan komersil. Ada juga yang menyokong kenyataan asal.

Sumber: Facebook

Pendapat anda bagaimana pula? Wajarkah pengeluar kereta tempatan menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu semula dalam menamakan kereta keluaran pada masa akan datang?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca