Bahana Video Lucah, Murid Darjah 6 Ini Rogol Kanak-Kanak Berusia 4 Tahun

Kejadian ini berlaku di Batu Pahat. Gara-gara terpengaruh dengan video yang dilihat di telefon bimbit, seorang murid darjah 6 ditahan oleh polis di rumahnya di Taman Sri Wangsa semalam.

Menerusi ASTRO AWANI, perbuatan itu terbongkar pada Khamis lalu apabila mangsa mengadu sakit pada bahagian kemaluan kepada ibunya dan memberitahu bahawa anak pengasuh yang dipanggil ‘abang’ pernah menyentuh kemaluannya.

Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, Ketua Polis Daerah Batu Gajah berkata, suspek ialah anak sulung kepada pengasuh dan mangsa dijaga oleh ibu suspek sejak berusia 2 tahun.

Menurut Ahmad Adnan, hasil pemeriksaan perubatan yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh mendapati terdapat kesan koyakan pada pelbagai posisi hingga menyebabkan selaput dara mangsa pecah. Kejadian ini disahkan telah berlaku sebanyak tiga kali sebelum ini.

“Suspek direman mulai hari ini hingga 5 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Telefon bimbit sememangnya bijak, tapi bijakkah ibu bapa membebaskan penggunaan telefon bimbit kepada anak-anak mereka?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca