Bahana Trend Nasi Paku, Kanak-Kanak Ini Terpaksa Jalani Pembedahan Selepas Tertelan Paku

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Baru-baru ini, kisah melibatkan seorang kanak-kanak yang dimasukkan ke dalam wad kecemasan selepas mengadu sakit perut dan menangis tanpa henti tular di media sosial.

Kanak-kanak itu difahamkan tertelan paku ketika sedang menikmati hidangan. Imbasan x-ray turut mendapati paku itu telah sampai ke bahagian perut. Atas sebab itu, kanak-kanak tersebut perlu menjalani pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan paku berkenaan.

Menerusi bebenang di laman Twitter, akaun rasmi Public Health Malaysia memohon agar trend itu dapat dihentikan selepas kanak-kanak tersebut didapati tertelan paku dan terpaksa dibedah.

Sumber: Oh Bulan

“Untuk mencegah kejadian berisiko ini, anda perlu elakkan membeli makanan yang dibungkus dan ditutup dengan menggunakan paku.

Selain itu, pengendali makanan disarankan untuk mengelakkan penggunaan paku pada bungkusan makanan. Anda juga disarankan untuk tidak meletakkan paku di kawasan tempat makanan seperti meja dapur atau tempat yang boleh dicapai dengan mudah oleh kanak-kanak,” tulisnya.

Sumber: Twitter Public Health Malaysia

Dalam bebenang yang sama, pihak Public Health Malaysia menjelaskan paku dianggap sebagai food hazard dan tidak sesuai untuk digunakan sebagai kaedah pembungkusan makanan.

Pengendali makanan dinasihatkan untuk menggunakan getah (atau kaedah mengikat lain) yang tidak mengubah rasa dan resipi asal makanan.

Buat anda yang masih keliru, ada segelintir peniaga kini menggunakan paku dan bukannya getah bagi membungkus makanan supaya hidangan tidak terlerai. Hidangan yang diberi gelaran Nasi Paku ini dikatakan cukup terkenal di Kota Bharu, Kelantan.

Pihak Public Health Malaysia turut mengakhiri bebenang mereka dengan menasihatkan orang ramai untuk melaporkan ke Pejabat Kesihatan daerah berhampiran sekiranya menemui peniaga yang masih menggunakan paku untuk membungkus makanan. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca