Bahana ‘Shopping’ Ikut Suka, Lelaki Ini Diharamkan Dari Taobao Selama 980 Tahun

Seorang kaki shopping dalam talian diharamkan selama hampir 1 abad dari sebuah platform membeli belah Taobao selepas dia membeli seutas jam tangan mewah dan meminta pulangan semula (refund) serta merta selepas itu.

Lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Zhu berasal dari Fujian, China berkongsi pengalamannya di laman sosial popular negara itu yang dikenali sebagai Weibo mengenai akaun Taobao miliknya yang kini sudah diharamkan selama 980 tahun.

Kejadian dikatakan berlaku selepas Zhu membeli seutas jam tangan Omega yang berharga kira-kira 32,999 yuan (RM19,462). Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan menyedari ia merupakan sebahagian daripada tabiat kaki membeli-belahnya lalu segera meminta pulangan semula (refund) kurang dari satu minit kemudian.

Zhu kemudiannya memuat naik gambar screenshot yang memaparkan mesej dari Taobao mengatakan akaunnya kini diharamkan sehingga tarikh 1 Januari 2999 pada jam 12.01 pagi kerana sudah melanggar syarat membeli dan meminta pulangan semula (refund).

Seorang pegawai perkhidmatan pelanggan di Taobao menjelaskan sebab utama akaun Zhu diharamkan adalah kerana lelaki itu menghantar terlalu banyak permintaan pulangan semula (refund). Hal ini sekali gus membongkarkan rahsia Zhu yang sebenarnya ketagih membeli barangan dalam talian.

Walau bagaimanapun, Zhu cuba mempertahankan tabiatnya itu kerana perjanjian Taobao dan pengguna menyatakan mereka berhak meminta pulangan semula (refund) sebelum barangan dikirimkan.

“Abu mayat saya akan hilang terlebih dahulu sebelum saya dapat menggunakan akaun saya semula,” jelas Zhu yang jelas terkesan dengan pengharaman terbabit.

Susulan daripada insiden berkenaan, topik Pengharaman Akaun Taobao Selama 980 Tahun menjadi tular di laman sosial Weibo. Sehingga hari ini, sudah lebih 37 juta orang sudah melihat posting yang dimuat naik Zhu itu.

Ramai warganet menyuarakan rasa simpati terhadap Zhu dengan mengatakan lelaki itu harus berjumpa doktor ekoran tabiat gemar membeli-belahnya memudaratkan dan boleh dianggap sebagai salah satu penyakit mental.

Untuk membaca artikel lain berkaitan pembelian dalam talian, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca