Bahana Ribut, Bayi 5 Bulan Melayang Dibawa Angin Kencang Ketika Tidur

Seorang bayi cedera selepas diterbangkan angin sejauh 10 meter dari tempat tidurnya dalam satu kejadian ribut yang melanda Kabupaten Kubang, Nusa Tenggara Timur, Indonesia petang kelmarin.

Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2 petang ketika mangsa, Raykal Tamonob, lima bulan, sedang lena diulit mimpi di dalam buaian yang diikat kemas pada tiang bumbung rumah.

Angin kencang beserta hujan lebat mula melanda kawasan terbabit tidak lama kemudian.

Ekoran daripada tiupan angin yang kuat itu, bumbung kediaman keluarga mangsa telah tercabut, sekali gus menebangkan Raykal ke kawasan berhampiran.

Difahamkan, ibu mangsa, Otilia Grasa Gomes yang panik melihat kejadian itu segera mencari anaknya yang ditemui di atas timbunan bumbung zink 30 minit kemudian.

Menurut Otilia, dia tidak menyangka bahawa hujan terbabit menandakan ribut bakal melanda.

“Saya tidak sangka keadaan angin akan menjadi terlalu kencang. Oleh itu, kami sekeluarga tidur tanpa berasa bimbang. Ia juga bukan kali pertama saya menidurkan dia (Raykal) di dalam buaian terbabit,” tambah Otilia.

Raykal Tamonob sudah dikejarkan ke sebuah hospital di Kota Kupang untuk diberikan rawatan lanjut dan bantuan oksigen.

Meskipun bayi berkenaan kelihatan baik, Otilia menyuarakan kebimbangannya ekoran kepala anaknya itu mungkin sudah terhantuk pada objek keras.

Tambah Otilia lagi, dia kini runsing apabila memekirkan keadaan rumahnya yang musnah teruk akibat bencana tersebut.

“Saya tidak tahu di mana saya sekeluarga ingin berteduh selepas ini. Kami hanya menunggu keputusan pihak berkuasa yang masih mengumpul maklumat berhubung perkara ini sebelum tindakan lanjut boleh diambil,” katanya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca