Bahana Pentingkan Anak Daripada Gambar Bekas Pemimpin, Ibu Ini Berdepan Hukuman Penjara

Apabila satu kebakaran tercetus di sebuah kediaman di Onsong County, Korea Utara, naluri keibuan seorang wanita mula bertindak dan dia segera membawa keluar dua orang anaknya.

Namun begitu, wanita berkenaan kini berdepan hukuman penjara setelah gagal menyelamatkan potret Kim Jong Il dan mendiang bapanya, Kim Il Sung yang masing-masing merupakan bekas pemimpin Korea Utara.

Menurut laporan, Menteri Pertahanan sudah melancarkan satu siasatan berhubung dengan insiden yang berlaku pada 30 Disember tahun lalu. Difahamkan, kedua ibu bapa kepada kanak-kanak malang itu tiada di rumah ketika kejadian tetapi, segera pulang sebaik mengetahui akan kebakaran yang terjadi.

Dua kanak-kanak berkenaan walau bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dek kebakaran itu.

Mengikut peraturan, Korea Utara memandatorikan semua rakyatnya untuk memaparkan potret dua bekas pemimpin negara itu yang sudah meninggal dunia itu di rumah mereka. Sesiapa yang gagal mematuhi arahan ini akan diserbu oleh pegawai penyiasat sehinggalah gambar-gambar berkenaan ditayangkan.

Sementara itu, seorang lagi wanita yang rumahnya turut musnah akibat kebakaran sama berjaya mengelak dari dipenjarakan susulan gambar dua bekas pemimpin itu berjaya diselamatkan oleh seorang pekerja ladang.

Meskipun pekerja terbabit baru sahaja dilepaskan dari penjara atas kesalahan berat, dia kini dijulang bak wira oleh kerajaan kerana menyelamatkan potret-potret berkenaan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan hal ketenteraan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca