Bahana Obses Dengan Drama Korea, Wanita Ini Akhirnya Dihalau Suami Dan Ditampar Ibu Kandung

Mungkin kedengaran agak pelik, namun, itulah hakikat yang harus dihadapi oleh seorang wanita apabila minatnya yang melampau terhadap drama Korea berkemungkinan menjadi punca rumah tangganya berantakan.

Menerusi sebuah kumpulan bernama Kisah Rumah Tangga di laman sosial Facebook, seorang wanita yang identitinya tidak didedahkan telah meluahkan masalah yang dihadapinya.

Menurut posting tersebut, wanita berkenaan berkata segalanya bermula apabila dia sering menonton drama Korea sehingga jam dua dan tiga pagi.

Ekoran daripada obsesinya itu, suaminya yang baik hati telah naik angin. Malah, lelaki berkenaan turut bertindak membaling alat kawalan jauh televisyen kepada wanita tersebut namun sempat dielak.

Suami wanita berkenaan telah mengelarnya pemalas dan sering tidak mengendahkan dirinya.

Menurut wanita itu lagi, dia kini sudah dihalau oleh suaminya ke rumah ibu sendiri. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja si pengadu menceritakan perihal kejadian kepada ibu kandung, dia ditampar oleh wanita berkenaan.

Tambah wanita itu lagi, dia sudah diberi pilihan oleh suaminya sama ada mahu memilih drama Korea atau suaminya.

Wanita tersebut mengakhiri postingnya dengan menyuarakan cintanya kepada si suami. Namun demikian, dia juga berkata dia tidak sanggup untuk meninggalkan drama Korea ekoran itu adalah satu-satunya hiburan dalam hidupnya.

Posting tersebut telah mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-rata memerli dan mengecam tindakan wanita tersebut yang terlalu obses sehingga mengabaikan keluarganya.

Jadi, apakah pendapat anda mengenai hal ini?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca