Bahana Membuli, Bapa Ini Tikam Pembuli Anak Selepas Terima Aduan

Dek kerana berang anak anak perempuan menjadi mangsa buli di sekolah, seorang lelaki merangkap bapa bertindak menikam mati seorang pelajar lelaki berusia 10 tahun.

Difahamkan, suspek yang hanya dikenali sebagai Wang, 41, telah datang ke Sekolah Rendah Shangrao, Jiangxi, China sebelum bertindak menikam mangsa dengan menggunakan sebilah pisau pemotong buah.

Mangsa, Liu, 10, segera dikejarkan ke hospital selepas insiden berkenaan. Walau bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu di hospital ekoran cedera teruk di bahagian dada, belakang, perut, kaki dan tangan.

Sementara itu, suspek sudah ditahan polis semasa sedang berdiri di halaman sekolah pada hari yang sama. Difahamkan, tertuduh kini telah dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh dengan niat pada Jumaat lalu.

Menurut laporan, Wang terdorong untuk melakukan pembunuhan tersebut setelah anak perempuannya, He mengadu dia menjadi mangsa buli Liu yang duduk di sebelah mejanya di dalam kelas.

Wang kemudiannya bertindak menghantar mesej ancaman dalam kumpulan sembang di media sosial yang disertai ibu bapa dan guru kelas anaknya.

Meskipun guru di sekolah berkenaan sudah mengambil tindakan dengan memindahkan tempat duduk Liu dan He, suspek datang ke institut pelajaran tersebut keesokan harinya dan terus menikam mangsa berkali-kali sebelum mencampakkan kanak-kanak terbabit ke luar kelas.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca