Bahana Main Air Bah, Kanak-Kanak Lelaki Koma Selepas Lintah Masuk Dalam Lubang Dubur

Seperti yang diketahui, kebanyakan kawasan di negeri-negeri pantai timur Semenangjung Malaysia sudah mula dinaiki air. Hal ini menyebabkan banyak keluarga yang terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

Meskipun begitu, kenaikan paras air bukanlah merupakan satu-satunya perkara yang harus dibimbangkan apabila tiba musim banjir.

Seorang wanita mendedahkan di laman sosial Facebook mengenai ancaman lain yang berada di dalam air bah.

Menerusi posting berkenaan, wanita yang dikenali sebagai Ermawati Ali berkata dubur anak saudaranya telah dimasuki seekor lintah ketika kanak-kanak terbabit sedang sibuk bermain air banjir.

Difahamkan, insiden malang terbabit berlaku di sebuah kawasan di negeri Terengganu. Walau bagaimanapun, kejadian kemasukan lintah berkenaan tidak disedari keluarga mangsa sehinggalah kanak-kanak itu mula muntah darah.

Mangsa yang berusia lima tahun itu segera dikejarkan ke hospital di mana lintah berkenaan dilaporkan telah berjaya dikeluarkan. Walau bagaimanapun, kanak-kanak terbabit dikatakan masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menerusi posting di akaun Facebook miliknya, Ermawati Ali meminta orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan anak saudaranya itu. Malah, wanita itu juga sempat berpesan keapda masyarakat agar sentiasa berwaspada semasa musim banjir melanda.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca