Bahana Gelodak Nafsu, Pasangan Ini Tergamak Benam Anak Sehingga Paras Leher Dalam Pasir

Polis di Argentina memberkas sepasang suami isteri selepas mereka didapati bersalah menanam anak perempuan mereka di dalam pasir sehingga paras leher. Motif kejadian hanyalah kerana pasangan itu mahu berasmara di dalam air.

Kejadian aneh itu dilaporkan berlaku pada Isnin lalu di sebuah pusat penginapan di Santa Clara del Mar, Buenos Aires.

Pihak berkuasa dipanggil ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada pelancong lain di pantai sama yang melihat bapa warga Argentina dan isterinya itu mula melakukan aktiviti tidak senonoh di dalam air.

Pasangan berkenaan bagaimanapun, segera berhenti dan kembali ke daratan selepas melihat pihak polis menggali keluar anak perempuan mereka. Satu kekecohan timbul sebelum penahanan dilakukan ke atas ibu bapa berkenaan.

Menurut laporan polis, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang diselamatkan itu menunjukkan tanda-tanda terhidrasi. Namun begitu, kondisinya disahkan stabil.

“Mereka langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Anak mereka ditinggalkan begitu sahaja tertanam di dalam pasir dan mereka pergi ke laut untuk berasmara. Saya tidak percaya apa yang saya lihat,” ujar salah seorang saksi di pantai terbabit.

Setelah disiasat, polis telah berjaya merampas sejumlah 200 biji pil Rivotril, ubat penenang, pil ekstasi dan ganja di dalam beg tangan milik ibu warga Paraguay itu.

Difahamkan, terdapat seorang lagi lelaki yang didakwa menemani pasangan itu dan anaknya ke pantai berkenaan. Walau bagaimanapun, individu misteri itu gagal dikesan kerana dipercayai sudah terlebih dahulu meninggalkan lokasi kejadian.

Anak pasangan itu kini ditempatkan di bawah sebuah agensi perlindungan kanak-kanak yang terletak di Santa Clara del Mar, Buenos Aires sehingga Rabu.

Pasangan suami isteri berkenaan pula dilaporkan sudah dibebaskan dari penjara dan tidak disabitkan kesalahan kerana memiliki bahan terlarang susulan ubat penenang adalah sah di sisi undang-undang dan dadah yang dibawa adalah dalam kuantiti yang dibenarkan.

Walau bagaimanapun, pasangan berkenaan gagal mendapatkan hak penjagaan anak perempuan mereka semula dan segala tindakan setelah itu akan ditentukan agensi perlindungan berkenaan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan penyalahgunaan dadah, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca