Bagi Tips Makan Nasi Guna Garpu Dan Pisau, Wanita Ini Dikecam Hebat

Baru-baru ini, Nigel Ng yang lebih dikenali sebagai Uncle Roger telah berkongsi semula satu video di laman Twitter yang telah berjaya mencuri perhatian rakyat Malaysia.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter, Uncle Roger memuat naik satu video dengan kapsyen, “Siapa yang makan nasi seperti itu? Anda akan meninggal dunia kerana kebuluran.”

Dalam video itu, seorang wanita yang mendakwa dirinya Pakar Etika British telah memuat naik video cara untuk makan nasi. Wanita itu memberikan panduan untuk makan nasi di tempat-tempat formal.

Sumber: Twitter Nigel Ng (Uncle Roger)

Wanita itu berkata perbuatan kaut nasi menggunakan garpu perlu dielakkan sebaliknya anda perlu memegang garpu dalam keadaan telungkup di belah kiri. Selepas itu, anda perlu menggunakan pisau untuk menolak nasi itu dan makan.

Pada waktu artikel ini ditulis, ciapan Uncle Roger menerima kira-kira 9,049 ulang ciap (retweet) dan lebih 12,500 tanda suka.

Menerusi tinjauan kami di laman Twitter, rata-rata warganet rasa terpanggil dengan tips yang diberikan oleh wanita ini termasuk Uncle Roger sendiri.

Ini kerana orang ramai menganggap cara yang diajar itu jauh lebih leceh jika nak dibandingkan dengan makan nasi pakai sudu dan tangan. Apa pendapat anda?

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca