Projek pembuatan kasut daripada bahan kitar semula ini bermula di India oleh seorang lelaki yang mencipta jenama Thaely.
Pemilik syarikat Thaely ini merupakan seorang anak muda yang berusia 23 tahun yang berasal daripada India bernama Ashay Bhave.
Pengeluaran kasut sneakers, Thaely telah dilancarkan secara rasmi sejak Julai 2021. Syarikat ini mempunyai pekerja yang terdiri daripada rakyat tempatan.
“India terkenal di mata dunia dengan pembuangan beg plastik” kata Bhave.
Pada permulaan penghasilan kasut jenis sneakers, Bhave telah mengalami kesukaran bagi mengumpul beg plastik walaupun pembuangan sampah beg plastik di India mudah didapati di mana-mana.
Syarikat ini telah menghasilkan kasut jenis sneakers hasil daripada plastik yang telah dikitar semula 100%. Ini juga termasuk kotak kasut dan juga merchandise lain daripada jenama ini.
Usahawan muda ini merupakan seorang lelaki yang genius berkelulusan universiti. Dia telah mendapat idea bagi menghasilkan kasut daripada bahan terpakai.
Beliau telah mendapat idea ini ketika belajar di universiti dan beliau telah menyertai program Shark Tank. Terdapat pelabur yang berminat untuk melabur dengan projek rekaan daripada bahan kitar semula beliau ini iaitu kasut Y2K Pro.
Kasut Y2K Pro telah mengambil nama inspirasi daripada awal tahun 2000 iaitu kasut bola keranjang yang telah menarik minat Bhave walaupun ketika itu beliau masih kanak-kanak.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: