Waktu itu saya berada dalam darjah 6, pernah teringin untuk jadi seorang pembuat anak patung terutama selepas menonton filem seram The Doll Master dari Korea Selatan itu.

Masa itu memang kuat berangan, suka kumpul anak patung dan buat baju-baju untuknya walaupun saya dah besar gajah sebelum hobi itu pudar ditelan masa.

Lagipun tidak elok menyimpannya di sisi agama.

Entah mengapa usia menginjak dewasa seolah-olah membataskan diri untuk berkreativiti dan bebas bermimpi seperti kanak-kanak.

Bila tengok anak-anak patung dari Russia ini, terkenang pula memori dulu.

_DSC1564

Anna, porcelain

Lapan tahun lalu, pasangan Anastasiya dan Sergey Lutsenko mula membuat kraf anak patung porselin ini dari hujung rambut hingga hujung kaki dengan tangan mereka sendiri.

Mereka berdua merupakan pemegang diploma dalam bidang seni klasik dan tidak pernah mendapat latihan secara formal untuk menjadi doll maker.

Imani

Amelie, porcelain

Semuanya berlaku secara kebetulan apabila semasa tahun akhir universiti, Anastasiya bereksperimen selama dua minggu dengan susah payah untuk membuat anak patung bagi dihadiahkan kepada gurunya sempena hari jadi.

_DSC0197

2

Hasil kerja seni mereka mendapat perhatian para pengumpul anak patung dan laman Instagram mereka dibanjiri oleh pembeli dari luar negara seperti UK dan Jerman.

Walaupun mahal, tanda harga tersebut tidak menakutkan para pembelinya malah mereka sanggup membayar dengan harga premium bagi memiliki karya sehebat ini.

Model anak patung pula pelbagai jenis dan tidak sama kerana pasangan itu percaya yang setiap penciptaan itu ada keunikan yang tersendiri.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda