Bagaikan Layang-Layang, Khemah Peniaga Bazar ‘Terbang’ Semasa Azan

Kemah Terbang

Terbang bagaikan layang-layang, tular sebuah video dimana khemah peniaga bazar Ramadan di Pekan Meru melayang dibawa angin semasa azan Asar Khamis semalam.

Video 33 saat itu di kongsikan di Facebook Pekan Meru Klang dan dalam entri berasingan, gambar selepas kejadian turut dimuatnaik.

Memetik daripada sebuah portal tempatan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar telah mengarahkan pegawainya untuk turun meninjau ke lokasi kejadian.

Difahamkan terdapat lebih kurang tujuh peniaga bazar Ramadan yang tertejejas teruk akibat dilanda ribut dan hujan lebat semalam.

“Kita akan ambil maklumat mangsa dan berikan bantuan bersesuaian bagi meringankan beban mereka,” ujar ahli Dewan itu.

Salah seorang peniaga yang terlibat, Wan Mohd Zamri Wan Abdullah, 47, hanya dapat menjual dua nasi kerabunya sebelum diserang ribut.

Peniaga itu berkata bahawa khemahnya tidak terbang namun patah kaki dan tersangkut di pagar. Manakala mejanya pula beralih hampir 10 meter dari lokasinya.

Zamri juga menambah yang beliau telah berpaut pada khemahnya untuk supaya tidak terbang namun keadaan angin terlalu kuat baginya.

“Keadaan angin yang terlalu kuat dan kilat menyebabkan saya ambil keputusan selamatkan diri bersama isteri dan anak berlindung dalam masjid.” katanya.

Dia mengalami kerugian sebanyak RM300 akibat kejadian ribut itu dan makanan yang masih elok disedekahkan kepada pelanggan yang hadir.

Rata-rata warganet di Faceboon dan Twitter telah mendoakan agar dipermudahkan segala urusan peniaga-peniaga yang terjejas.

Menurut pengguna akaun twitter @farrinasam, kejadian yang serupa turut berlaku di Jalan Nenas.

“Meja kerusi batu pun boleh terbang” | Sumber: Twitter (@farrinasam)

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca