Bagaikan dirasuk syaitan, itulah apa yang boleh digambarkan daripada perbuatan lelaki ini yang bertindak memukul isterinya di kepala dengan menggunakan kuali.
Tidak cukup dengan itu, dia kemudiannya menikam wanita malang itu berulang kali sehingga meninggal dunia.
Suspek yang bernama Mohammad Qoraishi dipercayai bukan sahaja memukul dan menikam Parwin Quriashi, malah dia juga turut mencekik mangsa yang berusia 19 tahun itu. Insiden ini berlaku selepas perkahwinan mereka yang diatur 4 bulan sebelum itu.
Sebaik sahaja berkahwin, mereka berpindah bersama dan 5 hari selepas itu, pemandu teksi berusia 27 tahun berkenaan bertindak menyerang Parwin yang ketika itu sedang menggoreng telur. Insiden itu berlaku di dapur pangsapuri mereka di Maidstone, Kent di England pada 25 Disember 2018.
Pada mulanya, dia cuma memukul kepala mangsa dengan kuali. Kemudian, dia seolah-olah ‘dirasuk’ dan bertindak mengambil pisau sebelum menikam mangsa sebanyak 38 kali di kepala, muka, dada dan paha.
Syaitan bertopengkan manusia itu seterusnya bertindak mencekik mangsa. Suspek yang juga dikenali sebagai Tawos kemudiannya melarikan diri sebelum ditahan pihak polis di Dover.
Pada Jumaat lepas, pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap suspek.