Bagai Terkena Sumpahan, Ini Kisah Di Sebalik Pembinaan Kellie’s Castle

Tanya sahaja orang di sekeliling kita tentang lokasi berhantu di Malaysia. Salah satu lokasi yang menjadi bualan ramai pastinya Istana Kellie di Batu Gajah, Perak.

Setiap bangunan bersejarah pasti ada kisah mereka yang tersendiri. Namun, tahukah anda akan sejarah pembinaan di sebalik bangunan yang menyembunyikan 1,001 misteri ini?

Istana ini dibina pada tahun 1905 oleh seorang peladang getah terkemuka Scotland bernama William Kellie Smith.

Kisahnya bermula apabila pemuda berusia 20 tahun itu meninggalkan rumahnya di Kellas, Scotland pada tahun 1890.

Alasannya, beliau mahu cuba untuk mengubah nasib dirinya dengan memperoleh kekayaan di Tanah Melayu.

Mujurlah, William ialah seorang yang mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

Walaupun berada di negara lain untuk mencari sesuap nasi, lelaki itu tidak pernah kenal erti putus asa dengan menceburi pelbagai bidang perniagaan.

Siapa sangka, sekiranya beliau boleh mencari cabang yang betul-betul sesuai untuk beliau laksanakan hingga berjaya.

Walau bagaimanapun, kehidupan William mengalami perubahan yang ketara apabila berjumpa dengan seorang pemilik ladang yang dikenali sebagai Alma Baker.

green grass

Selepas pertemuan dengan Alma, William pun mula terlibat dalam bidang perladangan getah dan berkecimpung dalam industri perlombongan bijih timah.

Hasilnya, beliau memiliki dua buah perniagaan iaitu Kinta Kellas Estate untuk ladang getah.

Pada masa yang sama, William turut menjadi pemilik syarikat Kinta Kellas Tin Dredging Company yang mengusahakan lombong bijih timah.

Selepas perniagaan beliau memperoleh keuntungan yang lumayan, William membeli sebidang tanah seluas 960 ekar untuk dijadikan ladang getah dan tapak untuk membina rumah.

Selepas menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya, beliau pulang ke Scotland pada tahun 1903 untuk mengikat tali perkahwinan dengan kekasihnya iaitu Agnes.

Pasangan suami isteri itu berhijrah ke Tanah Melayu dan kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Helen.

Walaupun ahli perniagaan itu sangat sayang akan anak perempuannya, beliau turut menginginkan seorang anak lelaki untuk meneruskan legasi perniagaannya.

baby's gray knit hat

Walau bagaimanapun, ia tidak semudah yang disangka bagi Agnes untuk memperoleh anak kedua pasangan tersebut.

Semuanya berubah 11 tahun kemudian apabila Agnes melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Anthony pada tahun 1915.

Terlampau gembira dengan kelahiran bayi tersebut, William mempunyai perancangan untuk membina sebuah rumah agam yang besar dan indah.

Disebabkan minatnya yang mendalam terhadap negara India dan ajaran Hindu, William membawa ciri-ciri ini dalam seni bina rumah baharunya.

Untuk menjadikan impiannya sebuah realiti, beliau turut membawa 70 orang pekerja mahir dari Madras (kini dikenali sebagai Chennai) yang terletak di Selatan India untuk pembinaan rumah agam tersebut.

Malangnya, beliau seperti terkena sumpahan kerana pembinaan rumah yang menjadi keutamaan hidupnya itu tidak berjaya dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

Penulis

  • Nur Akhtasha Ismail adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai lokasi berhantu di Malaysia, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca