Seluruh dunia pastinya pernah digemparkan dengan perdamaian antara Korea Utara dan Korea Selatan pada tahun lalu. Khabar ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada seorang jurugambar bernama Ed Jones untuk merakam foto warga dari Korea Selatan dan Korea Utara.
Kepingan gambar yang ditangkap oleh jurugambar ini jelas memperlihatkan sisi kehidupan mereka yang berbeza meskipun berada dalam bidang dan aktiviti yang sama.
Hasil kerja jurugambar ini secara tidak langsung telah memperoleh pujian dek kekaguman warganet yang berpeluang melihat kehidupan rakyat Korea Utara yang sebelumnya terkenal dengan amalan dasar tertutup kepada negara luar.
Berikut kami kongsikan 15 foto yang dihasilkan oleh jurugambar terkenal iaitu Ed Jones:
Gambar di atas memperlihatkan seorang gadis dari Korea Utara dalam kelas komputer di Pusat Sains (PyongYang) manakala gambar di bahagian bawahnya menunjukkan seorang pelajar Korea Selatan di Yonsei University (Seoul).
Gambar pertama di bahagian atas memperlihatkan seorang pekerja kilang Korea Utara yang terletak di Wonsan manakala di bahagian bawahnya mempamerkan seorang pekerja kilang di Korea Selatan.
Foto di bahagian atas menunjukkan seorang wanita Korea Utara yang berdiri di suatu lapangan perarakan tentera. Foto seterusnya pula memperlihatkan seorang Laksamana Muda Korea Selatan yang sedang dalam persiapan untuk menentang senjata nuklear.
Foto di atas memaparkan seorang petani dari Korea Utara manakala gambar berikutnya menunjukkan seorang petani yang berasal dari Korea Selatan.
Gambar di atas memperlihatkan seorang murid berusia 9 tahun yang sedang merayakan Hari Kanak-kanak di Pyongyang, Korea Utara. Foto berikutnya pula menunjukkan seorang kanak-kanak berumur 10 tahun sedang menyertai Seoul Fashion Week di Korea Selatan.
Gambar tersebut menunjukkan seorang jurulatih menembak dari Korea Utara manakala di bahagian berikutnya pula memperlihatkan jurulatih menembak dari Korea Selatan.
Gambar di atas memperlihatkan seorang pengunjung di sebuah Taman Tema Air Munsu Pyongyang, Korea Utara manakala foto berikutnya pula mempamerkan pengunjung dari Korea Selatan di Caribbean Bay Water Park, Seoul.
Foto di atas memperlihatkan seorang pekerja stesen minyak di Korea Utara manakala gambar seterusnya menunjukkan seorang kakitangan stesen minyak di Korea Selatan.
Foto pertama di bahagian atas memperlihatkan seorang pemandu pelancong dari Korea Utara manakala berikutnya menunjukkan seorang pemandu pelancong dari Korea Selatan.
Gambar di bahagian atas mempamerkan seorang pelajar berusia 23 tahun berdiri di dataran bandar di Korea Utara manakala foto berikutnya pula memperlihatkan seorang pelajar berusia 24 tahun dari Korea Selatan.
Gambar pertama di bahagian atas menunjukkan seorang pegawai tentera dari Korea Utara manakala bahagian bawah foto mempamerkan seorang pegawai tentera di Korea Selatan.
Kedua-dua gambar di atas memperlihatkan perbezaan antara pengunjung pasar raya Korea Utara dengan pembeli di pasar raya Korea Selatan.
Gambar di bahagian atas memperlihatkan seorang pemandu bot pelancong dari Korea Utara manakala foto berikutnya menggambarkan seorang pemandu bot pelancong dari Korea Selatan.
Foto bahagian atas mempamerkan seorang pekerja taman tema air dari Korea Utara manakala gambar berikutnya memperlihatkan seorang penyelamat di taman tema air dari Korea Selatan.
Gambar di bahagian atas menunjukkan seorang pekerja kilang peralatan pergigian dari Korea Utara manakala bahagian bawahnya memperlihatkan seorang pekerja kilang pembungkusan dari Korea Selatan.
Jurugambar Ed Jones sememangnya seorang yang berbakat. Kesemua gambar yang diambil secara tidak langsung menyerlahkan keunikan dan keistimewaan yang tersirat antara dua kehidupan rakyat dari Korea Utara dan Korea Selatan. Semoga hubungan damai ini dapat dikekalkan sampai bila-bila.