Bagai Dalam Filem Zombie, Pembeli Panik Rebut Susu Cegah COVID-19

pembeli panik rebut susu cegah covid-19

Memang fitrah manusia yang gelisah untuk mudah terpercaya dengan khabar angin lebih-lebih lagi mengenai Covid-19. Itulah yang berlaku di Jakarta dimana pembeli panik merebut susu yang dikabarkan mampu mencegah virus itu.

Tular sebuah video di TikTok di mana pembeli berpusu-pusu untuk membeli satu jenama susu di sebuah pasar raya.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Tangerang, Jakarta setelah republik berkenaan melaksanakan Pembekuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat 3 Julai lalu.

Susu tin berkenaan dikatakan mempunyai khasiat yang mampu mencegah si pengguna daripada virus Covid-19.

Khabar angin berkenaan telah menyebabkan pembelian panik jenama susu tersebut akibat ‘termakan’ dengan berita palsu itu. 

Dilihat, menerusi video berdurasi 30 saat itu, ramai pembeli berlari dan berebut untuk mendapatkan susu tersebut sebaik saja ia diletakkan oleh pekerja.

Malah, tindakan pengunjung pasar raya tersebut berebut susu sehingga tin-tin susu berkenaan jatuh berselerak dan bertaburan di atas lantai. 

Disamping itu, troli-troli si pembeli juga dilihat berselerakan dan terbalik ketika mereka berusaha untuk mendapatkan stok susu masing-masing.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata warganet mempersoalkan tindakan pembeli yang bersifat terlalu gelojoh.

Ramai juga yang meluahkan rasa keliru melihat tindakan para pembeli dan mempersoalkan bagaimana mereka boleh terpercaya dengan kenyataan palsu tersebut.

Ada juga pengguna TikTok berkata video tersebut bagaikan satu babak dalam filem zombie.

Bukan itu saja, terdapat pengguna TikTok yang meluahkan rasa bimbang melihat situasi tersebut kerana tiada penjarakan sosial di antara mereka.

Dilaporkan, sebanyak 27,233 kes positif baharu direkodkan dengan 555 kematian di Indonesia setakat 4 Julai semalam.

Tonton video tersebut bawah:

Di kesempatan ini, kita dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan fakta yang diterima sama ada ianya sahih atau tidak sebelum menyebarkannya.

Untuk baca artikel-artikel lain, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca