Bagai Bulan Jatuh Ke Riba, Pasangan Ini Menerima RM500,762 Daripada Transaksi Yang Salah

Dalam sekelip mata, kehidupan pasangan suami isteri dari Pennsylvania, Amerika Syarikat ini telah berubah.

Pasangan suami isteri, Robert Williams dan Tiffany Williams telah dikejutkan dengan $120,000 (RM500,762) dalam akaun bank mereka.

Menurut laporan polis, pasangan tersebut tidak menghubungi bank untuk sebarang penjelasan sebaliknya mereka telah membelanjakan duit berkenaan untuk membeli kereta-kereta mewah, camper van dan telah memberikan $15,000 (RM62,595) kepada rakan-rakan mereka yang memerlukan wang.

Dari 3 Jun hingga 19 Jun, pasangan Williams dilaporkan telah membelanjakan wang sebanyak $100,000 (RM417,302).

Pasangan ini telah menerima RM500,762 pada 31 Mei kerana kesilapan perkeranian seorang juruwang yang sepatutnya memasukkan duit berkenaan ke dalam akaun bank sebuah perniagaan, tetapi secara tidak sengaja telah memasukkan RM500,762 ke akaun pasangan tersebut.

Apabila pelanggan tersebut menghubungi pihak bank untuk bertanya tentang deposit yang hilang itu, para penyiasat telah menemui deposit berkenaan dalam akaun perkongsian pasangan Williams. Setelah pihak bank menyedari akan kesilapan mereka, mereka telah mendepositkan RM500,762 ke akaun yang betul.

Pada 20 Jun, pihak bank menghubungi Tiffany Williams berkaitan kesilapan transaksi berkenaan dan meminta mereka membayar semula wang tersebut. Pasangan ini dikenakan bayaran overdraf sebanyak $107,416 (RM448,249) kerana sebelum kejadian ini, akaun bank pasangan Williams hanya mempunyai $1,121 (RM4,678) dalam akaun bank mereka.

Pada 21 Jun, pihak bank menghubungi pasangan Williams sekali lagi. Tiffany memberitahu pihak bank bahawa dia dan suaminya akan mengusahakan satu pelan pembayaran balik. Pihak bank cuba menghubungi pasangan tersebut berulang kali selepas perbualan berkenaan, tetapi usaha ini menemui kegagalan.

Sumber: Administrative Law UM

Laporan mahkamah juga menyatakan bahawa pasangan tersebut tidak menghubungi wakil dari pihak bank walaupun pihak bank telah cuba secara berulang kali untuk menghubungi mereka.

Nate Weaver, jiran kepada pasangan tersebut telah menyatakan bahawa, “Insiden ini amat mengejutkan, dengan segala prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak bank, semakan secara berulang kali, tidak mungkin akan ada yang boleh terlepas.”

Menurut laporan mahkamah, pasangan Williams telah disabitkan atas kesalahan mencuri dan menerima harta yang dicuri. Dalam sesi soal siasat yang berbeza, pasangan ini mengaku bahawa, “Mereka tahu bahawa wang itu bukan kepunyaan mereka, tetapi mereka tetap membelanjakan wang tersebut.”

Pasangan Williams telah menghadirkan diri ke mahkamah minggu lepas dan masing-masing telah dilepaskan atas jaminan sebanyak $25,000 (RM104,325).

Kesimpulannya, rezeki memang tidak pernah salah alamat tetapi janganlah kita habiskan harta orang lain untuk kegunaan sendiri.

Artikel Lain Untuk Di Baca