Badut Terkenal Jadikan Remaja Objek Seks Sebelum Dihukum Penjara, Ini Kisah Robert Jamieson

Siapa antara pembaca yang mempunyai pengalaman buruk bersama badut dan kesan trauma itu berkekalan sehingga hari ini? Seorang badut sepatutnya menjadi penghibur kepada kanak-kanak dan menceriakan hari-hari mereka namun Bobby Bubbles pula sebaliknya.

Bobby Bubbles merupakan seorang badut yang terkenal dalam pertunjukan kanak-kanak di seluruh Hull dan East Yorkshire yang terletak di England.

Sumber: Hull Live

Daily Star melaporkan, Robert Jamieson ataupun turut dikenali sebagai Bobby Bubbles telah disabitkan dengan 10 kesalahan seks berasingan.

Tidak berhenti di situ, lelaki yang berusia 49 tahun itu kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun selepas didapati bersalah merogol seorang gadis yang mempunyai perasaan romantis terhadapnya.

Sudah tentu, Robert menafikan semua pertuduhan yang dilemparkan terhadapnya! Namun, seorang hakim di Mahkamah Mahkota Sheffield beranggapan sebaliknya.

Untuk dijadikan cerita, semua pesalah seks pasti mempunyai modus operandi mereka yang tersendiri. Langkah pertama yang diambil oleh Robert adalah berkawan dengan remaja itu terlebih dahulu sebelum grooming dan melakukan penderaan seksual terhadap mangsa.

Kegiatan kotor Robert diketahui umum selepas mangsa yang kini sudah menjadi seorang ibu kepada gadis muda membuat laporan polis.

Wanita itu pada mulanya tidak mahu bekerjasama dengan pihak polis kerana masih menyimpan perasaan terhadap Robert tetapi dia akhirnya membuat sebuah keputusan yang berani untuk membongkarkan kegiatan lelaki berkenaan.

Sumber: Hull Live

Dalam pada itu, Robert tetap bertegas bahawa semua dakwaan itu merupakan satu pembohongan selepas ditangkap polis. Lelaki berkenaan pernah berkata bahawa seorang badut sebenar tidak akan memakai topeng dan akhirnya diri sebenar Robert terdedah kepada umum.

Artikel Lain Untuk Di Baca