Badan ‘Sado’ Makan Diri, Tangan Lelaki Ini Mungkin Perlu Dipotong

Gara-gara memiliki badan persis Popeye, seorang lelaki dari Rusia sebelum ini menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat. Lelaki yang dikenali sebagai Kirill Tereshin itu mengakui bahawa dia ada membuat suntikan demi mendapatkan fizikal yang ‘sado’.

Perbuatannya itu akhirnya memakan diri sendiri apabila dia mula berhadapan dengan kesan-kesan buruk akibat suntikan minyak yang dia lakukan sebelum ini. Sel-sel di lengannya itu dipercayai mati akibat daripada suntikan tersebut.

Doktor juga berpendapat bahawa tangannya yang kini kelihatan seolah-olah belon yang terlebih udara itu mungkin perlu dipotong.

Kirill diarahkan untuk ke United Kingdom untuk menjalani rawatan yang selanjutnya kerana bimbang keadaannya itu bakal menjadi semakin teruk.

Menurut Tereshin, buat masa ini, lengannya berada dalam keadaan yang buruk dan mula bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Dia juga telah melancarkan tabung derma bagi membiyai perjalanannya berjumpa doktor di United Kingdom. Rawatan untuk lengannya itu dianggarkan sebanyak £37,760 (RM195,143).

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca